BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG)
(c) Hal-hal Lain Berkaitan Pendidikan
Suruhanjaya telah melawat dua buah sekolah agama (Islam) di Perlis. Ia telah dimaklumkan
bahawa sekolah-sekolah tersebut menghadapi kesukaran untuk didaftarkan kerana dasar dan
prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri. Selain
itu, sekolah-sekolah tersebut tidak menerima bantuan seperti guru-guru terlatih, kemudahan
untuk mengajar mata pelajaran sains serta keperluan asas seperti kerusi, meja dan buku teks.
Kementerian Pelajaran dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri harus mencari jalan penyelesaian bagi
membantu sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan alternatif ini. Pihak berkuasa sepatutnya
mengambil kira prinsip utama UDHR dan CRC yang menekankan tiada diskriminasi dan kepentingan
terbaik untuk kanak-kanak.
Dalam kes kedua-dua buah sekolah di Perlis, Suruhanjaya dapat menyelesaikan isu pendaftaran
dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri.
2. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA UNTUK
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(a) Latihan Hak Asasi Manusia untuk Pelajar-pelajar Politeknik
Suruhanjaya
percaya bahawa
belia dan pelajar
adalah pemimpin
masa depan.
Oleh itu, mereka
perlu didedahkan
kepada konsep
hak asasi manusia
dan meningkatkan
pemahaman isu-isu
Pada akhir setiap bengkel, para peserta telah diberikan tugasan
sebegini semasa
melukis peta pelan tindakan. Mereka diminta untuk memikirkan
masih muda.
Suruhanjaya memperluaskan program kesedaran hak asasi manusia
dengan melibatkan pemimpin-pemimpin pelaja politeknik di seluruh
Semenanjung Malaysia. Para peserta telah didedahkan kepada konsep
hak asasi manusia dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin
pelajar. Mereka juga turut didedahkan kepada perjanjian antarabangsa
hak asasi manusia dan tanggungjawab-tanggungjawab kerajaan.
Suruhanjaya percaya bahawa belia dan pelajar adalah pemimpin
masa depan. Oleh itu, mereka perlu didedahkan kepada konsep hak
asasi manusia dan meningkatkan pemahaman isu-isu sebegini semasa
masih muda.
bagaimana cara-cara untuk berkongsi pengetahuan yang telah mereka
perolehi dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Suruhanjaya akan membantu mereka bagi memastikan
pelaksanaan pelan tindakan tersebut dengan berkesan serta memantau proses tersebut.
30