BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) (vi) Penolong Pengurusan Pelajar (SMA) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan jawatan SMA untuk membantu pengurusan pelajar sekolah rendah, terutamanya kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di asrama. Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa SMA perlu melalui kursus latihan yang singkat sebelum mereka mula bertugas. Walau bagaimanapun, persediaan ini tidak mencukupi untuk membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya. Suruhanjaya berpendapat bahawa latihan bagi tenaga SMA haruslah merangkumi kemahiran keibubapaan, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanakkanak. Ini adalah penting kerana terdapat aduan bahawa tenaga SMA bersikap terlalu kasar dalam mendisiplinkan pelajar. Suruhanjaya berpendapat bahawa latihan bagi tenaga SMA haruslah merangkumi kemahiran keibubapaan, psikologi kanakkanak dan perkembangan kanak-kanak. (vii) Kurikulum alternatif untuk kanak-kanak Orang Asli Maklum Balas daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya 2010 menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran telah membangunkan Kurikulum Bersepadu Pelajar Sekolah Rendah Orang Asli dan Penan (Kurikulum Asli Penan, KAP). Kementerian Pelajaran akan bertanggungjawab untuk merancang penilaian melalui Penilaian Sektor Pembangunan Alternatif dalam Lembaga Peperiksaan. Suruhanjaya telah menerima jawapan yang sama daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 apabila ia membangkitkan isu berkenaan melalui surat. Walau bagaimanapun, semasa lawatan dan perbincangan dengan pengurusan sekolah dan pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa Kementerian telah berhenti melaksanakan KAP dan sebagai ganti sekolah-sekolah telah diarahkan untuk menggunakan program LINUS yang mana pelajar akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012 dan bukannya menjalani penilaian alternatif seperti yang dirancang. Suruhanjaya amat prihatin kerana hal ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak Orang Asli, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. (viii) Kanak-kanak tidak bersekolah Disebabkan oleh semua faktor yang dinyatakan, sebilangan kanak-kanak Orang Asli tidak menghadiri sekolah rendah walaupun dasar pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 mewajibkan pendidikan sekolah rendah. Pada tahun 2010, terdapat peningkatan sebanyak 784 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang tidak menghadiri sekolah, berbanding dengan 2007 (Jadual 1). Semasa lawatan ke penempatan Orang Asli di Kg Pos Gop di Gua Musang, Kelantan, Kg Selaoh dan Kg Sungai Kejar di Grik, Perak, Suruhanjaya mendapati bahawa tiada sekolah di kawasan penempatan tersebut. Maklum Balas daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan Terhadap 28

Select target paragraph3