BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) mendedahkan warga sekolah kepada jangkitan leptospirosis dan pelbagai penyakit bawaan air yang berpunca daripada pencemaran. (iii) Bekalan elektrik Semasa lawatan ke SK Pos Betau di Kuala Lipis, Pahang, Suruhanjaya mendapati bahawa sekolah ini tidak mempunyai bekalan elektrik yang berterusan sepanjang hari. Penjana yang dibekalkan ke sekolah telah rosak dan masih tidak dibaiki walaupun terdapat permintaan oleh pihak pengurusan beberapa kali. Ini telah menjejaskan pembelajaran 581 orang pelajar sekolah tersebut. (iv) Kemudahan asrama Suruhanjaya telah melawat asrama SK Bidor di Bidor, Perak, pada 15 Ogos selepas menghantar dua pucuk surat kepada Kementerian Pelajaran tentang keadaan yang tidak memuaskan. Suruhanjaya menyatakan bahawa masih tiada bekalan air bersih dan tangki air masih belum digantikan bagi menampung keperluan 150 orang pelajar. Penginapan di asrama juga tidak disediakan untuk warden. Selain itu, asrama ini diuruskan oleh sekolah rendah (SK Bidor) walaupun pelajar bersekolah menengah. Suruhanjaya memandang serius keadaan tersebut yang telah mengabaikan hak kanak-kanak Orang Asli kepada pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang selamat dan selesa. Maklum Balas daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya 2010 menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran telah mengambil perhatian tentang masalah tersebut dan siasatan sedang dijalankan. Rentetan itu, Suruhanjaya mendapati asrama di SK Satak di Raub, Pahang dan di SK Kudung di Segamat, Johor, sebagai contoh pengurusan yang baik dari segi kemudahan yang disediakan, kebersihan dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Pelajar mempunyai peluang untuk mengamalkan budaya serta mengembangkan potensi mereka. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengurusan di sekolah-sekolah tersebut komited serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan telus. Pelajar kelihatan kemas, mesra dan yakin. (v) Makanan Semasa lawatan ke asrama sekolah-sekolah di Kelantan, Perak dan Pahang, Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa kanak-kanak Orang Asli tidak menggemari beberapa jenis makanan yang disenaraikan dalam menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran, termasuk buahbuahan menyebabkan kanak-kanak ini tidak akan makan makanan yang telah disediakan. Walaupun Suruhanjaya menghargai hasrat Kementerian Pelajaran untuk menyediakan makanan yang berkhasiat, ia harus mengambil kira keperluan khas kanak-kanak Orang Asli seperti yang dinyatakan dalam Perkara 12 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) iaitu pandangan kanak-kanak mesti diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat sebarang keputusan. 27

Select target paragraph3