BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) Walau bagaimanapun, kajian tersebut telah mendapati bahawa sekolah-sekolah berkenaan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuklah Suruhanjaya, Jabatan Pelajaran Negeri, ibu bapa dan masyarakat sivil bagi memastikan kejayaan program tersebut. Penemuan dan cadangan kajian akan digunakan untuk memperbaiki pelaksanaan ATHAM, terutamanya di sekolah-sekolah yang baru melaksanakan program ini. (b) Hak kepada Pendidikan untuk Kanak-kanak Orang Asal/Asli Walaupun pendidikan rendah adalah wajib untuk semua kanak-kanak, tidak banyak peningkatan kehadiran ke sekolah dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada masa yang sama, Suruhanjaya telah membuat pemerhatian, mendapati kanak-kanak Orang Asli yang hadir ke sekolah dinafikan pendidikan berkualiti. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana tiada sekolah di sekitar penempatan mereka. Menguasai 3R (membaca, menulis, mengira) masih merupakan suatu keprihatinan utama untuk kanak-kanak ini. Pada mesyuarat Kumpulan Fokus Pendidikan Orang Asli yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa kanak-kanak Orang Asli merupakan majoriti kanak-kanak ‘buta huruf tegar’ dalam Program Literacy and Numeracy Screening Programme (LINUS) anjuran Kementerian Pelajaran. Pemerhatian Suruhanjaya (i) Pengangkutan Salah satu faktor utama yang menjadi punca kepada ketidakhadiran kanak-kanak Orang Asli ke sekolah adalah kekurangan pengangkutan ke sekolah. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa JAKOA telah berusaha untuk meningkatkan akses dengan menyediakan kenderaan. Walaupun demikian, Suruhanjaya mendapati bahawa bilangan kenderaan tidak mencukupi Kanak-kanak Orang Asli kerap lewat atau tidak hadir ke sekolah disebabkan kenderaan rosak 25

Select target paragraph3