BAB 1 BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) Pendidikan merupakan hak asasi manusia yang amat besar pengaruhnya untuk melakukan perubahan. Padanya, terdapat asas-asas kebebasan, demokrasi dan pembangunan kemanusiaan yang berterusan. Kofi Annan Suruhanjaya bersetuju dengan kenyataan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan, bahawa pendidikan adalah suatu yang amat penting dalam membangunkan sebuah budaya hak asasi manusia di mana hak setiap insan difahami dan dihormati, seterusnya akan memartabatkan maruah masing-masing. Sehubungan itu, program-program bercorak pendidikan telah dijalankan sepanjang tahun sebagai usaha memperkasakan masyarakat dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi (EWG) telah meluaskan jangkauannya kepada kumpulan sasaran yang baru, merangkumi golongan artis dan pihak berkuasa tempatan. Satu lagi kemajuan adalah penambahan 12 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlibat dalam program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) daripada hanya lima buah sekolah pada awalnya. Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, EWG terus mempromosi hak asasi manusia di institusi pengajian tinggi, kepada golongan kurang upaya, remaja, Orang Asal/Asli dan agensi penguatkuasaan. 1. HAK KEPADA PENDIDIKAN (a) Program di Sekolah-sekolah Program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan meningkatkan pelaksanaan program tersebut. (i) Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) Suruhanjaya mempelopori program ini pada tahun 2009 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bagi memupuk kesedaran hak asasi manusia di sekolah-sekolah. Lima buah sekolah telah dipilih bagi projek perintis, iaitu SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak, SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka dan SMK Datuk Mansor, Bahau, Negeri Sembilan. 23

Select target paragraph3