ISU-ISU UTAMA mengurang dan mencari jalan penyelesaian kepada pelanggaran hak asasi manusia dengan membangunkan garis panduan yang sewajarnya atau satu kod amalan terbaik untuk melindungi pekerja-pekerja dan pihak-pihak lain yang terjejas disebabkan aktiviti perniagaan. 11. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) Ketika Malaysia semakin menghampiri semakan semula Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan segera kesemua cadangan yang diterima pakai pada tahun 2009. Suruhanjaya telah menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan Susulan UPR bagi memudahkan rundingan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan status terkini pelaksanaan yang dijalankan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Dengan menyebarkan maklumat mengenai proses UPR dan hasilnya kepada pihak yang berkepentingan, matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mekanisme ini dalam meningkatkan piawaian hak asasi manusia. Suruhanjaya berharap pelbagai pembaharuan yang dijanjikan oleh Kerajaan akan menjadi kenyataan dan perubahan ketara dapat direkodkan. Suruhanjaya telah mengemukakan Laporan Interim UPR dan telah membuat kenyataan secara lisan ketika sesi Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-18 pada bulan September. Usaha Suruhanjaya ke atas Tindakan Susulan UPR telah diterima baik oleh organisasi dan badan-badan hak asasi manusia antarabangsa. 12. RATIFIKASI INSTRUMEN TERAS HAK ASASI MANUSIA ANTARABANGSA Setakat ini, Malaysia telah menerima tiga konvensyen antarabangsa hak asasi manusia, walaupun dengan reservasi. Walau bagaimanapun, ditekankan, bahawa tiada sebarang langkah sebenar untuk meratifikasi atau menyertai enam instrumen antarabangsa yang lain. Suruhanjaya akan terus menggesa Kerajaan meratifikasi instrumen ini untuk menunjukkan komitmennya dalam membasmi kemiskinan, melindungi hak sosio-ekonomi, mempertahankan maruah manusia dan mempromosi hak-hak sivil dan politik rakyat. Kerajaan harus menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan segera bagi menamatkan jenayah kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang. Penerimaan ini adalah selaras dengan penyertaan Malaysia dalam HRC. Selaras dengan penerimaan tersebut, kerja-kerja progresif ke atas undang-undang domestik mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Statut Rom dapat diselaraskan. 21

Select target paragraph3