ISU-ISU UTAMA
memanjangkan aduan mereka kepada agensi yang berkaitan dan memantau aduan tersebut bagi
memastikan tindakan diambil. Bagi kelewatan dalam pembaharuan permit kerja, Suruhanjaya
mencadangkan agar Jabatan Imigresen mempercepatkan proses memperbaharui permit kerja
bagi mengelakkan potensi gangguan dan penangkapan pekerja migran.
Program pengampunan Kerajaan terhadap pekerja migran yang dijalankan pada tahun ini,
bertujuan untuk memperoleh jumlah sebenar pekerja migran yang berada di Malaysia; dan
dengan mengeluarkan dokumen untuk bekerja atau menghantar mereka pulang ke negara asal
dengan kos yang ditanggung oleh mereka sendiri tanpa dikenakan penalti. Suruhanjaya mengalualukan program ini kerana ia dapat memberikan pekerja migran yang tinggal menjalankan
kerja secara adil dan bertanggungjawab, di samping menerima perlindungan yang sewajarnya
di bawah undang-undang agar mereka tidak dieksploitasi. Suruhanjaya menggesa Kerajaan
memastikan bahawa tidak ada cubaan untuk mengenakan kawalan terus ke atas pekerja
migran dan memastikan bahawa mereka dilayan dengan adil. Diharapkan bahawa Akta AntiPemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 dapat melindungi pekerja asing
daripada dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
(ii)
Hak Pencari Suaka Dan Pelarian
Malaysia tidak menganggotai Konvensyen PBB Berkenaan Status Orang Pelarian 1951
(Konvensyen 1951) dan Protokol Pilihan 1967. Tiadanya undang-undang mentadbir pencari suaka
dan pelarian di Malaysia menyebabkan hak mereka adalah terhad dari segi mendapatkan akses
kepada pendidikan formal, pekerjaan dan perkhidmatan kesihatan. Dalam hal ini, Suruhanjaya
mengulangi bahawa, sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak
Asasi Manusia, Malaysia wajib melindungi dan membantu pencari suaka dan pelarian walaupun
masih belum menerima Konvensyen 1951.
Perjanjian pertukaran pencari suaka dan pelarian antara Kerajaan Malaysia dengan Australia
pada bulan Julai mendapat bantahan dalam kalangan aktivis hak asasi manusia dan NGO
kedua-dua negara, kebanyakannya disebabkan oleh persepsi negatif layanan Malaysia kepada
kumpulan tersebut oleh sebab Malaysia bukan anggota Konvensyen 1951. Mahkamah Tinggi
Australia telah mengeluarkan injunksi terhadap perjanjian tersebut malah, Kerajaan Australia
telah mengumumkan bahawa ia sedang berusaha untuk meneruskan perjanjian ini. Suruhanjaya
mengesyorkan bahawa sekiranya perjanjian itu dilaksanakan, hak asasi manusia pencari suaka
dan pelarian mestilah terjamin.
Suruhanjaya memuji Kerajaan dalam memulakan program pendaftaran antara Pesuruhjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian dengan Malaysia. Usaha ini
diharap dapat membuka jalan bagi pengiktirafan status pelarian dan pencari suaka. Ia juga
boleh dianggap sebagai langkah utama ke arah penyertaan Konvensyen 1951.
18