ISU-ISU UTAMA Kebanyakan komuniti Orang Asli di Semenanjung mempunyai isu berkaitan cadangan Kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 yang bertujuan melaksanakan Dasar Pemilikan Tanah. Kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan proses rundingan dan pindaan yang dicadangkan. Suruhanjaya telah membuat rayuan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk menangguhkan pembentangan cadangan pindaan tersebut sehingga proses Inkuiri Nasional selesai. Isu-isu lain yang telah diambilkira oleh Suruhanjaya telahpun dicadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuklah pengiktirafan ke atas pendidikan, ekonomi dan sistem undangundang masyarakat Orang Asal/Asli. (c) Orang Kurang Upaya (OKU) Orang Kurang Upaya (OKU) terus mengalami kesukaran dan diabaikan dalam perancangan dan peruntukan kemudahan awam serta yang mengakibatkan penafian atau cara yang terhad terhadap akses ke kawasan awam. Selain itu, perkhidmatan sokongan mereka masih tidak mencukupi serta berhadapan dengan diskriminasi dalam membangunkan kerjaya mereka atau akses kepada peluang pekerjaan. Walaupun Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya, juga telah menyatakan reservasi ke atas beberapa artikel tertentu. Suruhanjaya menggesa Kerajaan untuk memenuhi kewajipannya dengan memastikan OKU menikmati hak sedia ada untuk hidup, tanpa diskriminasi, menerima hak yang sama rata, akses kepada keadilan dan penyertaan untuk berpolitik. OKU layak untuk melaksanakan hak sivil, politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan atas dasar kesamarataan dengan orang lain. (d) Kumpulan Minoriti Seksual Suruhanjaya bimbang atas layanan buruk, diskriminasi, buli, penghinaan dan ugutan terhadap kumpulan minoriti seksual. Sesetengah media mensensasikan isu-isu yang melibatkan kumpulan terbabit dengan memaparkan sikap kurang sensitiviti dan rasa hormat kepada kumpulan tersebut. Suruhanjaya berpendirian teguh bahawa hak-hak kumpulan minoriti seksual dan kebebasan asasi mesti disokong dan dihormati pada setiap masa. Mereka juga berhak untuk menikmati hak asasi manusia seperti orang lain. Kekejaman dan pencabulan hak-hak mereka tidak boleh dijustifikasikan. (e) Pekerja Migran, Pencari Suaka dan Orang Pelarian (i) Hak-hak pekerja migran Kebanyakan aduan yang diterima oleh Suruhanjaya mengenai pekerja migran adalah berkenaan pembayaran gaji yang lewat atau tidak tetap, pemberian pampasan yang tidak setimpal bagi kemalangan di tempat kerja dan kelewatan memperbaharui permit kerja. Suruhanjaya telah 17

Select target paragraph3