ISU-ISU UTAMA seorang doktor perubatan dan aduan terhadap pegawai-pegawai polis disiasat oleh kakitangan dari Bukit Aman atau Ibu pejabat Polis Negeri bagi mengelakkan andaian berlakunya berat sebelah. Suruhanjaya mengulangi pendiriannya mengenai penubuhan sebuah badan bebas atau satu mekanisme pemantauan seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis untuk mengukuhkan keyakinan orang awam dalam operasi pasukan polis. 5. HAK-HAK GOLONGAN RENTAN (a) Wanita dan Kanak-kanak Suruhanjaya bimbang dengan eksploitasi kanak-kanak di sebuah sekolah agama di Kedah, yang telah digunakan untuk mengutip derma. Perkara ini bercanggah dengan Artikel 32 Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) dan melanggar peruntukan undang-undang yang melindungi kanak-kanak termasuk Seksyen 2(1) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan Seksyen 32 Akta Kanak-kanak 2001. Semasa lawatan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Jabatan Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam, Suruhanjaya telah menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mematuhi undang-undang terutamanya Seksyen 32 Akta Kanak-kanak 2001. Suruhanjaya juga telah menulis kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan perkara ini dan telah mencadangkan agar tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak ini tidak dieksploitasikan. Suruhanjaya sedang memantau pelaksanaan CRC dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Suruhanjaya juga sedang berusaha untuk penarikan semula reservasi Kerajaan ke atas kedua-dua triti ini, termasuk Protokol Pilihan. Di samping itu, Suruhanjaya sedang mempromosi dan memantau status kesaksamaan gender bagi memastikan bahawa ianya selaras dengan rangka kerja berasaskan hak yang dinyatakan dalam CEDAW. Ia juga sedang menyediakan Laporan Bebas CEDAW untuk diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012. (b) Orang Asal/Asli Suruhanjaya telah selesai mengadakan sesi rundingan awam bagi Inkuiri Nasional ke Atas Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia. Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai konflik dan bukti yang berkenaan, serta undang-undang yang terlibat, prosedur dan dasar-dasar berkaitan dengan tanah Orang Asal/Asli. Penghujahan bertulis juga telah diterima. Ketika ini Suruhanjaya sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kes-kes yang diterima dan mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil semasa sesi pendengaran awam yang dijadual bermula pada bulan Januari 2012. NI dijangka selesai pada bulan Julai 2012. 16

Select target paragraph3