ISU-ISU UTAMA Sementara itu, Suruhanjaya menyeru agar pihak polis membantu pelaksanaan hak untuk berhimpun secara teratur dan aman. Pada masa yang sama, Suruhanjaya menggesa semua pihak supaya melaksanakan hak mereka dengan penuh tanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak yang terlibat terutamanya hak orang lain yang terjejas secara tidak langsung juga perlu dihormati dan dilindungi. 2. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG PENAHANAN PENCEGAHAN Sejajar dengan saranannya yang terdahulu agar semua undangundang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk membatalkan Proklamasi Darurat yang sedia ada, dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933. Dengan ini dapat mempertingkatkan lagi perlindungan dan promosi hak asasi manusia. Sementara Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 dimansuhkan seperti yang dijanjikan, Suruhanjaya mengambil berat ke atas dua perkembangan berikutnya; pertama, penahanan 13 orang yang disyaki militan di bawah ISA; kedua, kenyataan de facto Menteri Undang-undang bahawa undangundang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan tanpa bicara, walaupun untuk tempoh yang singkat. Perkembangan ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuklah daripada Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia, yang telah menggesa Kerajaan “menunjukkan niat untuk menamatkan penahanan yang menyalahi undang-undang dan segera membatalkan undangundang yang tidak adil dan membebas atau mendakwa secara adil mereka yang berada di bawah tahanan pencegahan”. Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menggesa Kerajaan supaya ‘menunjukkan niat untuk menamatkan penahanan yang menyalahi undangundang dan segera membatalkan undangundang yang tidak adil dan membebas atau mendakwa mereka yang ditahan dalam tahanan pencegahan‘ Suruhanjaya menyedari bahawa pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan awam dan negara. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya menggunakan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Suruhanjaya menggesa Kerajaan supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syor-syor dalam laporan berkenaan Kajian Semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pendirian tegas harus diambil ke atas ancaman kepada keselamatan awam dan negara tanpa menjejaskan prinsip hak asasi manusia. 14

Select target paragraph3