RINGKASAN EKSEKUTIF RINGKASAN EKSEKUTIF Tidak dinafikan bahawa tahun ini merupakan tahun yang luar biasa bagi pergerakan hak asasi manusia di Malaysia. Apabila kumpulan masyarakat sivil terus memberi tekanan untuk perubahan, Kerajaan telah bertindak balas dengan mengorak langkah awal ke arah reformasi. Suruhanjaya menghargai aspirasi Perdana Menteri kepada Negara serta pengiktirafan dan penghormatan beliau kepada hak asasi manusia di samping peraturan undang-undang. Kemuncaknya adalah apabila Rang Undang-undang Perhimpunan Aman telah diluluskan di Parlimen pada 20 Disember. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya sedia maklum, bahawa pindaan Kerajaan ke atas draf undang-undang tidak sejajar dengan cadangan daripada pihak yang prihatin, termasuk Suruhanjaya sendiri. Oleh itu, Kerajaan digesa supaya mengkaji semula Akta tersebut, dengan mengambilkira prinsip hak asasi manusia antarabangsa. Sementara itu, Suruhanjaya menyeru kepada Kerajaan agar memastikan penguatkuasaan Akta tersebut mematuhi prinsip hak asasi manusia yang menjamin kebebasan berhimpun, dan membuka ruang untuk perbincangan mengenai peruntukan Akta yang kontroversi. Setelah berterusan menggesa agar semua undang-undang tahanan pencegahan dimansuhkan kerana undang-undang tersebut melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, Suruhanjaya memuji keputusan Kerajaan membatalkan Perintah Darurat yang sedia ada dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Suruhanjaya berharap bahawa, dalam penggubalan undang-undang untuk menggantikan ISA, semua pihak yang berkaitan akan dirujuk dan syor-syornya yang sekian lama akan diberi perhatian sewajarnya. Dalam mengekalkan mandat Suruhanjaya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, Kumpulan Kerjanya mencapai objektif utama mereka melalui proram dan aktiviti yang berterusan sepanjang tahun, serta memanjangkan capaian kepada kumpulan sasaran baru atau mengintegrasikan isu-isu tambahan yang memerlukan perhatian dan campur tangan Suruhanjaya. LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI (EWG) Ekoran kejayaan projek pilot Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di sekolah (ATHAM), EWG mengorak langkah seterusnya dengan melibatkan penyertaan 12 buah sekolah lagi ke dalam program ini. Dalam masa yang sama, sekumpulan penyelidik menjalankan kajian formatif ke atas projek pilot tersebut, yang akhirnya mengesyorkan program tersebut diteruskan dengan beberapa penambahbaikan. 7

Select target paragraph3