PERUTUSAN PENGERUSI
Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk kita melihat isu-isu ini dalam konteks masa dan
tanggungjawab kita sebagai anggota komuniti antarabangsa, dan untuk melaksanakan perubahan
penting dalam pendekatan kita dalam menangani isu-isu berkenaan, supaya undang-undang
yang ketinggalan zaman boleh diperbaharui dan diselaraskan dengan amalan negara-negara yang
mendahului dalam bidang hak asasi manusia.
Malaysia sentiasa dipantau oleh badan-badan hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mahukan Negara Anggota mengekalkan standard pematuhan
hak asasi manusia yang tinggi. Kita tidak boleh terus mengabaikan penelitian dan komen kritikal
daripada badan-badan ini, yang diterima dalam jangka masa yang tetap, memandangkan aktiviti
pemantauan tersebut telah menjadi sebahagian daripada sistem antarabangsa di zaman globalisasi ini.
Malah, ketika Malaysia menuju ke arah negara maju, adalah penting untuk menjalankan usaha yang
serius bagi memperbaiki sistem dalaman dan untuk mematuhi sepenuhnya standard antarabangsa
dalam bidang hak asasi manusia.
Wajar ditegaskan bahawa dalam sebuah negara berbilang kaum, kebudayaan dan agama seperti
Malaysia, toleransi merupakan prasyarat penting untuk keharmonian negara, tetapi ianya haruslah
dipertingkatkan untuk menuju ke arah saling memahami, menghormati dan menerima perbezaan
yang wujud di kalangan kita. Oleh itu, sama seperti penerapan nilai-nilai hak asasi manusia, proses
membentuk asas toleransi ke arah sikap menghormati dan dan keharmonian yang lebih baik juga
harus bermula dari awal, di rumah serta di sekolah.
Dalam hal ini, Suruhanjaya berbesar hati dan menyokong sepenuhnya inisiatif Perdana Menteri
untuk menubuhkan Global Movement of the Moderates. Ini adalah satu langkah berani dan mulia
untuk memanfaatkan sinergi masyarakat majoriti yang sederhana dan munasabah dari segi sikap
dan pandangan mereka, tetapi seringkali dibayangi dan dipinggirkan oleh golongan berbeza
pendirian, yang mencuba malah agak berjaya, untuk menentukan
Ini boleh dicapai
agenda interaksi antara negara dan penduduknya, terutama sejak
melalui anjakan
peristiwa tragik 11 September 2001. Untuk Malaysia memainkan
paradigma –
peranan utama atau pemangkin dalam gerakan global yang telah
bermula dengan
diramal ini, adalah amat penting untuk mempromosi kesederhanaan
anggapan UDHR
di dalam negara dengan mengambil langkah-langkah perlu, termasuk
merupakan imposisi
menggantikan undang-undang yang ketat kepada yang sederhana,
bertamadun dan berperikemanusiaan, yang konsisten dengan nilai- nilai-nilai asing
yang berpacukan
nilai dan keperluan semasa.
Anggota Suruhanjaya benar-benar percaya bahawa Malaysia,
yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa atas kejayaan dan
pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan lain-lain, mampu dan
perlu memperbaiki rekod hak asasi manusia dengan lebih baik
agar setanding dengan negara-negara terkemuka. Suruhanjaya
yakin dengan usaha yang lebih dan kehendak politik, cabaran ini
dapat diatasi. Kunci kepada kemajuan selanjutnya terletak pada
dorongan luaran,
seperti yang
sering didakwa,
dan menerima
prinsip-prinsip
sejagat yang perlu
dicapai mengikut
keupayaan negara.
5