PERUTUSAN PENGERUSI
Bagi memenuhi peranannya sebagai penasihat, Suruhanjaya
berharap dapat bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan
yang berkaitan dalam memastikan undang-undang lapuk
tersebut segera dimansuhkan, atau digantikan dengan undangundang yang selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan
demokrasi sejagat.
Satu lagi perkembangan yang dialu-alukan adalah maklum
balas positif Kerajaan terhadap cadangan Suruhanjaya untuk
membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional
(NHRAP), sebagai mekanisme dan hala tuju untuk promosi dan
perlindungan hak asasi manusia yang lebih efektif dan sistematik,
yang akan dipantau dan diaudit seperti pelan pembangunan
nasional. Suruhanjaya berharap dapat bekerjasama dengan
Kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam melengkapkan
NHRAP yang telah sekian lama ditunggu ini, dan memantau
secara bebas pelaksanaan pelan tindakan tersebut.
Bagi memenuhi
peranannya sebagai
penasihat, Suruhanjaya
berharap dapat
bekerjasama erat
dengan agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan
dalam memastikan
undang-undang
lapuk tersebut segera
dimansuhkan, atau
digantikan dengan
undang-undang yang
selaras dengan prinsip
hak asasi manusia dan
demokrasi sejagat.
Perlu diingat bahawa Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya bagi membantu negara mempromosi
hak asasi manusia dengan memantau pelanggaran hak-hak ini di mana sahaja ia berlaku, dan
menasihati Kerajaan dalam menambahbaik undang-undang, peraturan dan amalan. Suruhanjaya
tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan atau eksekutif dan, dalam menjalankan tugasnya sebagai
‘pemantau’, ia perlu memberi komen kritikal tentang dasar dan amalan tertentu oleh agensi-agensi
kerajaan serta pihak lain. Untuk meningkatkan rekod hak asasi manusia negara, Suruhanjaya
menyuarakan perkara yang dilihat tidak mematuhi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(UDHR). Suruhanjaya menganggap bahawa bidang tugasnya merupakan satu aspek penting dalam
perkhidmatan awam, akan terus komited menjalankan tugas, walaupun dikritik pihak tertentu yang
gagal atau enggan memahami tujuan penubuhannya.
Suruhanjaya telah meneruskan, dan mendapat manfaat daripada program-program dialog dan
perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk jabatan dan agensi kerajaan seperti
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan badan-badan penguatkuasaan lain, NGO, ahli akademik
dan media. Program-program dan aktiviti ini penting bukan sahaja dalam mewujudkan kesedaran dan
mempromosi pemahaman hak asasi manusia, tetapi juga bagi mendapatkan maklum balas penting
daripada interlokutor Suruhanjaya. Program-program ini akan diteruskan dengan lebih aktif pada
masa hadapan, dengan memberi penekanan khusus kepada peranan utama penggubal dasar dan
undang-undang serta pengaruh mereka ke atas hala tuju negara dalam bidang hak asasi manusia.
Dalam hal ini, Suruhanjaya mengharapkan penglibatan yang lebih aktif daripada ahli-ahli parlimen
dan Dewan Undangan Negeri untuk memupuk minat mendalam terhadap isu-isu hak asasi manusia,
dan menggalakkan mereka menubuhkan mekanisme atau forum yang sesuai untuk perbincangan,
seperti Jawatankuasa Pemilihan Parlimen, dan jawatankuasa yang seumpama Dewan Undangan
Negeri. Tambahan pula, hak asasi manusia merupakan subjek yang luas yang mempengaruhi manusia
tanpa mengira batas usia.
3