ULASAN PENGERUSI
P
elanggaran hak asasi manusia berpunca daripada kegagalan tadbir urus,
kebangkitan autoritarianisme, kekalutan yang disebabkan oleh perebutan
kuasa, kekejaman yang disebabkan oleh keganasan dan ekstremisme,
dan fenomena penyeludupan manusia atau perhambaan moden. Bencana
di Syria telah menyebabkan malapetaka dan di Aleppo, pelanggaran hak
asasi manusia telah mencapai satu tahap yang lebih serius. Bagi kes di Palestin,
kegagalan politik semasa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
menyebabkan proses ketiadaan status kewarganegaraan bagi rakyat negara
tersebut. Ketiadaan status kewarganegaraan melanggar hak rakyat untuk
kewarganegaraan, dan “kewarganegaraan adalah hak asasi manusia kerana
ia adalah tidak kurang daripada hak untuk mempunyai hak.” Di Asia Tenggara,
masyarakat Rohingya sedang ditindas dan dirampas hak-hak mereka. Mereka
terpaksa melarikan diri daripada tanah air mereka dan kehilangan status dan
hak sebagai masyarakat manusia, bergelandangan di beberapa bahagian di
Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, dan Thailand.
2016 merupakan tahun yang sukar bagi mempromosi dan melindungi kebebasan
awam dan kebebasan hak asasi di Malaysia, dan ini telah menambahkan lagi
tanggungjawab Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (dirujuk selepas ini
sebagai “Suruhanjaya” atau “SUHAKAM”) dalam mempromosi dan melindungi
1
U.S. Supreme Court Chief Justice Earl Warren, penghakiman minoriti, Perez v. Brownell (1958)
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 1
suhakam BM.indd 1
4/21/17 12:07 PM