BAB 1 3. ANTI HUKUMAN MATI Pada bulan Jun 2016, Suruhanjaya telah dijemput oleh Ensemble Contre La Peine De Mort (ECPM) untuk turut serta di dalam 6th World Congress Against the Death Penalty yang diadakan di Oslo, Norway. Kongres Dunia itu telah diadakan dari 21-23 Jun 2016 dan dihadiri oleh pakar-pakar dan aktor-aktor penting dari pelbagai negara yang berjuang untuk pemansuhan hukuman mati, termasuklah peguam-peguam terkemuka, wartawan-wartawan, pakarpakar perubatan, aktor-aktor masyarakat sivil antarabangsa, wakil-wakil kepimpinan tertinggi politik serta NHRI. Sepanjang kongres tersebut, Suruhanjaya didedahkan kepada pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh para penceramah dan pihak-pihak yang terjejas dalam usaha mereka untuk memansuhkan hukuman mati. Para peserta juga mempelajari amalan terbaik dan kaedah-kaedah yang strategik daripada pakar-pakar bagi menggalakkan Kerajaan mereka untuk mengkaji semula pendirian mereka terhadap pemakaian hukuman mati di negara mereka. Selain dari Kongres itu, pada 5 September 2016, Suruhanjaya telah menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa bagi Membincangkan Pelaksanaan Hukuman Mati di Malaysia yang diadakan di Parlimen Malaysia. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk wakilwakil dari Pejabat Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN), MKN, Jabatan Penjara Malaysia, PDRM, Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, serta ahli-ahli Parlimen dan beberapa ahli akademik. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat terkini berhubung kertas yang telah dibentangkan di Kabinet mengenai pemansuhan hukuman mati, dan juga bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan mengenai isu ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan olah YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Pejabat Perdana Menteri. Suruhanjaya mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan untuk mengkaji kemungkinan pemansuhan hukuman mati mandatori bagi kesalahankesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Suruhanjaya berpendapat bahawa sebagai langkah seterusnya, Kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mengembalikan kuasa budi bicara kepada para hakim dan untuk menyemak semula keberkesanan serta kerelevanan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang lain. Ini adalah selari dengan seruan Suruhanjaya terhadap pemansuhan hukuman mati kerana ia merupakan hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan, dan menjatuhkan maruah, serta bertentangan dengan hak seseorang terhadap nyawa dan keselamatan. 50 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 50 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3