BAB 1
penubuhannya19 dan dengan sokongan daripada badan Kehakiman,
telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan “watching brief” di
dalam prosiding mahkamah yang melibatkan isu-isu hak asasi manusia.
Suruhanjaya akan mengemukakan prinsip-prinsip dan standard yang
berkaitan sepertimana yang terkandung di bawah triti antarabangsa,
dan akan menggariskan obligasi Negara di bawah dokumen serta triti hak
asasi manusia antarabangsa untuk rujukan Mahkamah. Bagi tahun 2016,
Suruhanjaya telah menjalankan “watching brief” di Mahkamah Kanakkanak, Mahkamah Koroner, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi di
dalam kes-kes berikut:
i) Pendakwa Raya lwn Lena Hendry: mengenai kebebasan meluahkan
pendapat;
ii) Pendakwa Raya lwn Azmi Sharom: mengenai kebebasan meluahkan
pendapat dan bersuara;
iii) Shashikumar A/L Selvam: mengenai kematian dalam tahanan;
iv) Rosliza binti Ibrahim lwn State Government of Selangor: mengenai
kebebasan beragama;
v) Yayasan Chow Kit lwn Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu
Langat: mengenai permohonan bagi hak penjagaan yang sah bagi
kanak-kanak yang tiada kerakyatan; dan
vi) Pendakwa Raya lwn Janine Lasimbang: mengenai kebebasan
berhimpun secara aman.
Bagi tujuan “watching brief” tersebut, Suruhanjaya telah diwakili oleh
beberapa peguam dari Majlis Peguam Malaysia iaitu Puan Sharifah
Norafisah Syaid Abas Al-Juffrie, Encik Mansoor Saat dan Encik George
John. Perwakilan ini telah dibuat secara pro bono.
Sepanjang “watching brief” yang dilakukan oleh Suruhanjaya, dapat
diperhatikan bahawa penyertaan Suruhanjaya diterima baik oleh
pihak Mahkamah. Suruhanjaya ingin merakamkan penghargaannya
atas keizinan yang telah diberikan dan berharap agar amalan ini
dapat diteruskan kerana ia amat bermanfaat demi perlindungan serta
pembangunan hak asasi manusia di Malaysia. Suruhanjaya berharap
untuk meluaskan penglibatannya dan memainkan peranan yang lebih
aktif di dalam kes-kes mahkamah dalam kapasiti sebagai rakan kepada
Mahkamah (amicus curiae). Inisiatif ini masih sedang dikaji dan Suruhanjaya
berharap untuk melaksanakannya pada tahun 2017.
19 Seksyen 4(2) Akta SUHAKAM menyatakan bahawa “bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan
mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut: f. untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 45
suhakam BM.indd 45
4/21/17 12:07 PM