BAB 1 politik, sosial, kebudayaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia masih terpecah dan identiti kaum masih berakar umbi di sebalik keharmonian kaum di Malaysia. Perpecahan ini dianggap berpunca dari undang-undang dan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan, dan oleh itu Kerajaan perlu diyakinkan untuk menggubal dan melaksanakan undangundang dan dasar yang selaras dengan ICERD. Suruhanjaya dengan kerjasama Pusat KOMAS telah mengadakan PMB dan bengkel mengenai ICERD bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak sebagai satu langkah untuk mewujudkan rasa peka pegawai Kerajaan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan ICERD. Objektif PMB ini adalah untuk mengurangkan perbezaan pendapat di antara pihak-pihak berkepentingan dan untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai agenda dan dasar antidiskriminasi Kerajaan tempatan. Bengkel untuk pegawai Kerajaan tempatan tersebut telah dirangka khusus untuk mewujudkan kesedaran mengenai hak-hak asasi manusia dan standard antidiskriminasi seperti yang terkandung di dalam ICERD. Sarawak dilihat sebagai contoh yang baik kerana penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dapat hidup secara harmoni. Suruhanjaya mendapati bahawa satu ciri unik yang menyumbang kepada hubungan yang sihat di kalangan rakyat Sarawak adalah penerimaan serta sikap saling menghormati antara rakyatnya terhadap kepercayaan dan hak masing-masing, dan bukan sekadar sikap toleransi terhadap kewujudan kumpulan etnik lain. Ciri asas ini membolehkan rakyat Sarawak untuk mendokong konsep antidiskriminasi dan membolehkan 27 kumpulan etnik utama hidup secara aman bersama-sama18. 2. PERANAN SURUHANJAYA DI MAHKAMAH (a) Mahkamah Sivil Dalam sistem perundangan yang ideal, pengiktirafan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa adalah penting bagi menegakkan hak-hak asas sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya amat percaya bahawa sistem kehakiman merupakan satu organ Negara yang sangat penting untuk memelihara dan untuk menyediakan fungsi semak dan imbang terhadap hak-hak tersebut. Selain itu, Suruhanjaya, sebagaimana diperuntukkan oleh Akta 18 Portal 1 Klik, “Portal Negeri Sarawak”, <http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/9043-profil-negeri-sarawak. html> 44 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 44 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3