fungsi mereka, dan sama ada majlis ini dapat mewakili suara kanakkanak dari pelbagai latar belakang melalui dua orang wakil kanakkanak yang duduk di dalamnya;
vii)
Mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, peserta-peserta menyokong
penyeragaman usia perkahwinan kepada 18 tahun; dan
BAB 1
viii) Berkenaan kemungkinan reservasi kepada CRC ditarik balik, telah
ditegaskan bahawa pendirian Kerajaan adalah untuk memastikan
semua undang-undang dan dasar-dasar domestik memenuhi
kehendak CRC sebelum ia menarik balik apa-apa reservasi.
Syor-syor
(i)
Pembaharuan Undang-undang
Suruhanjaya mencadangkan supaya undang-undang jenayah
yang berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak
dan definisi rogol dipinda untuk menangani keadaan yang lebih
baru, dan supaya segala usaha diambil oleh Kerajaan serta semua
pihak berkepentingan yang berkaitan bagi mempercepatkan Rang
Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dicadangkan
itu diluluskan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan bahawa
semua mekanisme undang-undang dilaksanakan dengan baik dan
sistem keadilan diperkasa demi memastikan semua kes penderaan
seksual dilapor dan didakwa secara berkesan14.
Oleh kerana Suruhanjaya tidak dijemput ke perbincangan pasukan
petugas berkaitan dengan Rang Undang-undang Jenayah Seksual
Kanak-kanak, Suruhanjaya berharap bahawa ia akan dirunding
dalam proses penggubalan Rang Undang-undang tersebut agar
Suruhanjaya dapat memberi apa-apa bentuk bantuan dari perspektif
hak asasi manusia.
Suruhanjaya mengulangi bahawa setelah menandatangani CRC,
Malaysia perlu berusaha untuk melindungi kanak-kanak daripada
semua bentuk eksploitasi seksual dan penderaan seksual, termasuk
penggunaan kanak-kanak di dalam bahan-bahan pornografi.
Malangnya, perundangan khas masih belum digubal untuk melarang
kesalahan khusus seperti pemilikan pornografi kanak-kanak dan
aktiviti yang berkaitan dengan pembuatan atau penyebaran
bahan-bahan pornografi kanak-kanak. Suruhanjaya mencadangkan
peruntukan khusus digubal untuk menjadikan tindakan pedofilia; serta
penerbitan, pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak
sebagai satu jenayah15.
14 Kenyataan Media Suruhanjaya No.27 (15 November 2016): < http://www.suhakam.org.my/press-statement-no-27-of-2016-sexualoffences-against-children/>
15 Kenyataan Media Suruhanjaya No.27 (15 November 2016): < http://www.suhakam.org.my/press-statement-no-27-of-2016-sexual-
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 41
suhakam BM.indd 41
4/21/17 12:07 PM