ii) Pindaan baru kepada Akta Kanak-kanak 2001 dan ketiadaan undangundang berkaitan pornografi kanak-kanak; pedofilia; perkahwinan kanakkanak; kanak-kanak dalam tahanan; dan kanak-kanak pelarian, tiada dokumen dan tidak bernegara. PMB tersebut telah dihadiri oleh CSO, agensi-agensi Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan ahli-ahli akademik seperti berikut: Jawatankuasa Kanak-kanak Majlis Peguam Malaysia; ii) PS The Children; iii) Yayasan Chow Kit; iv) Childline Malaysia; v) UNICEF Malaysia; vi) SUKA Society; vii) PT Foundation; BAB 1 i) viii) Majlis Keselamatan Negara (MKN); ix) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); x) PDRM; xi) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM); xii) Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP); xiii) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO); xiv) KLN; xv) Jabatan Peguam Negara; xvi) KPWKM; xvii) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS); xviii) Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM); xix) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM); xx) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); xxi) Universiti Teknologi MARA (UiTM); dan xxii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam PMB tersebut adalah: i) Antara masalah yang dihadapi di Malaysia dalam menangani jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak adalah ketiadaan undang-undang dapat menangani cabaran baru berikutan perkembangan teknologi yang pesat. Oleh itu, tujuan Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dicadangkan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 39 suhakam BM.indd 39 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3