BAB 1 Suruhanjaya 201511; namun, Suruhanjaya masih belum menerima sebarang salinan draf Laporan Negara yang dicadangkan. Suruhanjaya difahamkan bahawa ketika laporan ini ditulis, draf Laporan Negara tersebut sedang dikaji semula oleh Jabatan Peguam Negara. Berikutan dengan cadangan Suruhanjaya di dalam PMB mengenai CRC terdahulu yang telah diadakan pada 18 Jun 2014 dan 12 Februari 201512, Suruhanjaya memuji pindaan terkini terhadap Akta Kanak-kanak 200113 khususnya pemansuhan Seksyen 91(1)(g) yang menghapuskan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah untuk memerintahkan hukuman rotan ke atas kanak-kanak. Perintah khidmat masyarakat yang baru diperkenalkan amat dialu-alukan oleh Suruhanjaya dan ia adalah selaras dengan objektif dan prinsip CRC. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya masih bimbang kerana hukuman rotan masih dibenarkan dan diamalkan di sekolah-sekolah serta di rumah oleh sesetengah ibu bapa. Cadangan Suruhanjaya mengenai skop Seksyen 17(2) Akta Kanakkanak 2001, yang perlu diperluaskan untuk merangkumi sebarang bentuk penderaan fizikal, emosi, dan seksual kanak-kanak, masih belum diterimapakai, dan syor Suruhanjaya untuk memasukkan peruntukan khas yang secara nyata memberi Akta Kanak-kanak 2001 keutamaan berbanding undang-undang lain dalam hal yang melibatkan kanakkanak, juga belum diterima oleh pihak Kerajaan. Laporan Bebas ke Jawatankuasa CRC Sebagai mendahului penyerahan Laporan Negara ke Jawatankuasa CRC dan bagi tujuan rundingan, Suruhanjaya telah mengadakan PMB pada 13 Oktober 2016 di pejabatnya di Kuala Lumpur dengan pihak berkepentingan dari agensi-agensi Kerajaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan baki reservasi Malaysia kepada CRC, pindaan baru kepada Akta Kanak-kanak 2001, serta isu-isu yang berkaitan, antara lain pornografi kanak-kanak; pedofilia; perkahwinan kanak-kanak; kanakkanak dalam tahanan; kanak-kanak pelarian, tiada dokumen, dan tidak bernegara; serta pemerdagangan kanak-kanak. PMB tersebut diadakan dengan tujuan menyediakan ruang terbuka kepada semua peserta untuk meluahkan dan menghuraikan pandangan mereka berkenaan dengan: i) Reservasi-reservasi yang masih dikekalkan terhadap Artikel 2, 7, 14, 28(1)(a) dan 37 CRC; dan 11 Laporan Tahunan SUHAKAM 2015, ms 46-47 12 Laporan Tahunan SUHAKAM 2015, ms 47-48 13 Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 38 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 38 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3