iii) Peluang pekerjaan; dan iv) Langkah-langkah khas/perlindungan. BAB 1 Walau bagaimanapun, Suruhanjaya masih menghadapi cabaran dalam mendapatkan maklumat bagi tujuan penyediaan Laporan Bebas. Maklumat yang diperolehi dari PMB ini mungkin tidak mencukupi untuk membantu Suruhanjaya dalam menyediakan laporan tersebut. Ini kerana terdapat beberapa isu, seperti pembangunan ekonomi untuk wanita di kawasan luar bandar, yang bukan di bawah bidang kuasa langsung KPWKM. Walaupun terdapat wakil dari jabatan-jabatan berkaitan, maklumat komprehensif mengenai pencapaian rancangan ekonomi tersebut tidak disampaikan sepenuhnya di dalam mesyuarat. Ini menyukarkan Suruhanjaya dalam memproses maklumat dan memahami isu yang dibangkitkan. Suruhanjaya juga mengambil maklum berkenaan pendirian Kerajaan ke atas reservasi yang masih dikekalkan. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya menghalang perbincangan mengenai keperluan untuk menyemak semula undang-undang yang berkaitan secara berterusan demi memastikan ia selaras dengan situasi semasa dan norma antarabangsa. Suruhanjaya kini sedang di dalam proses penyediaan Laporan Bebasnya berikutan penyerahan Laporan Negara Malaysia dan berharap agar Kerajaan akan mengekalkan penglibatan yang berterusan dengan Jawatankuasa CEDAW demi manfaat dan pembangunan hak-hak wanita di Malaysia. Syor Suruhanjaya menegaskan bahawa Kerajaan perlu sentiasa berusaha untuk menambahbaik hak-hak wanita di Malaysia. Isu-isu seperti pemerolehan kewarganegaraan bagi anak dan amalan perkahwinan poligami telah menjejaskan golongan wanita di Malaysia selama bertahun-bertahun, dan masih terus berlaku. Sudah tiba masanya bagi Kerajaan dan agensiagensi berkaitan untuk membincangkan secara serius penyelesaian bagi cabaran-cabaran tersebut. (b) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) Pihak Kerajaan hanya menyerahkan Laporan Negaranya yang pertama pada tahun 2006, dan telah lewat dalam menyerahkan Laporan Negara ke-2, ke-3 dan ke-4 ke Jawatankuasa CRC. Suruhanjaya telah menekankan bahawa Laporan Negara telah lama tertangguh dalam Laporan Tahunan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 37 suhakam BM.indd 37 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3