Laporan Bebas ke Jawatankuasa CEDAW BAB 1 Suruhanjaya telah mengadakan dua PMB pada bulan April 2014 dan Februari 2015, khusus untuk membincangkan kemungkinan penarikan balik reservasi yang masih ada. Berdasarkan PMB tersebut, Suruhanjaya mendapati majoriti peserta bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk Kerajaan mengkaji semula pendiriannya terhadap reservasi yang masih ada. Suruhanjaya berpendapat bahawa pembangunan dan penyertaan wanita dalam bidang perundangan, sosial, dan ekonomi di Malaysia adalah penting untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan juga sebahagian daripada agenda dalam SDG untuk mengurangkan ketidaksaksamaan. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa penambahbaikan dalam bidang kesihatan, pendidikan, dan ekonomi dapat meningkatkan lagi kualiti hidup dan mengurangkan ketidaksaksamaan9. Matlamat untuk mengurangkan ketidaksaksamaan telah menjadi salah satu tujuan utama SDG10 dan adalah penting bagi Suruhanjaya, agensi Kerajaan, dan masyarakat awam untuk bekerjasama bagi menambahbaik dan memajukan pelbagai aspek dalam pembangunan wanita demi mencapai nilai yang lebih tinggi. Oleh itu, Suruhanjaya telah menganjurkan PMB berkenaan CEDAW bersama pelbagai agensi Kerajaan dan NGO pada 12 Oktober 2016 untuk mendapatkan pandangan dan maklumat daripada mereka mengenai perkembangan isu-isu berkaitan wanita. Maklumat yang dikumpul akan dimasukkan ke dalam Laporan Bebas Suruhanjaya ke Jawatankuasa CEDAW. Objektif PMB tersebut adalah seperti berikut: i) Untuk berhubung dan bertukar pandangan mengenai perkembangan isu-isu berkaitan wanita di Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan; ii) Untuk mendapatkan maklumat, data, dan maklum balas lanjut terhadap pencapaian mengenai kesaksamaan gender di Malaysia; dan iii) Untuk mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu yang berkaitan wanita dari sudut dasar dan undang-undang. Empat isu utama telah dibincangkan dalam PMB tersebut, iaitu: i) Akses kepada sokongan undang-undang dan keadilan; ii) Kesihatan, kebajikan, dan pendidikan; 9 UNDP Malaysia, “Agenda Pembangunan Lestari 2030”, <http://www.my.undp.org/content/malaysia/en/home/post-2015/sdgoverview.html> 10 Ibid 36 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 36 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3