susulan dan penilaian peringkat serantau adalah berasaskan kepada analisis peringkat nasional, dan seterusnya dituruti oleh penilaian di peringkat global. BAB 1 Pada bulan Oktober 2015, Persidangan Antarabangsa Ke-12 Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi Kebangsaan bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) telah dianjurkan di Merida, Yucatan, Mexico, dengan fokus terhadap “Matlamat Pembangunan Lestari: Apakah Peranan Institusi Hak Asasi Manusia?” Persidangan itu, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Mexico (CNDH) dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan ICC, telah membuat kesimpulan untuk menerima pakai Deklarasi Merida, dokumen bersejarah yang menggalakkan semua Institusi Hak Asasi Manusia (NHRI), sejajar dengan mandat mereka di bawah Prinsip-prinsip Paris, untuk bekerjasama dalam pembinaan keupayaan bersama dan perkongsian pengalaman untuk menyumbang kepada pendekatan yang berasaskan hak asasi manusia untuk pelaksanaan Agenda 2030 Pembangunan Lestari. Deklarasi Merida6 menggariskan beberapa peranan NHRI yang boleh diambil: i) Menasihati kerajaan persekutuan dan tempatan, pemegang hak, dan pihak lain untuk menggalakkan pendekatan berasaskan hak asasi manusia dalam melaksanakan dan membuat penilaian terhadap SDG, termasuk menilai kesan perundangan, dasar, program, rancangan pembangunan negara, amalan pentadbiran, dan belanjawan bagi merealisasikan konsep hak asasi manusia untuk semua. ii) Membina dan mengukuhkan perkongsian untuk tujuan pelaksanaan dengan mempromosikan proses yang telus dan inklusif untuk penyertaan dan rundingan dengan pemegang hak dan masyarakat awam di semua peringkat pelaksanaan SDG. iii) Melibatkan semua pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran dan membina kepercayaan, serta menggalakkan dialog dan usaha bersepadu untuk pendekatan berasaskan hak asasi manusia bagi pelaksanaan dan pemantauan SDG. Pada tahun ini, Suruhanjaya sangat aktif dalam menghadiri program SDG yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Suruhanjaya memuji inisiatif Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu SDG yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah EPU, dan yang keanggotaannya akan terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensiagensi Kerajaan dan CSO. Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemandu ini dengan menjadi salah satu ahli jawatankuasa, demi berkongsi pandangan dan kepakaran mengenai perkara ini. 6 Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), “Persidangan Antarabangsa Ke-12”, <http://nhri.ohchr.org/ EN/ICC/InternationalConference/12IC/Background%20Information/Merida%20Declaration%20FINAL.pdf> LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 33 suhakam BM.indd 33 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3