Sebagai maklum balas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memaklumkan mesyuarat seperti berikut:
i)
KPM telah mengeluarkan arahan yang CWLD akan menjalani tempoh
percubaan selama tiga bulan dan, berdasarkan kesesuaian, mereka
akan ditempatkan sama ada dalam program pendidikan khas,
SEIP, atau program pendidikan inklusif. Kanak-kanak ini tidak patut
dipinggirkan daripada sistem persekolahan.
ii)
KPM telah menjalankan program kesedaran mengenai masalah
pembelajaran kepada orang ramai di peringkat negeri dan juga
merancang untuk mewujudkan kesedaran tentang masalah
pembelajaran melalui penyiaran media.
iii)
Terdapat kempen advokasi dalam bentuk “inclusive walk” yang akan
diadakan awal tahun depan bagi menggalakkan kesedaran tentang
OKU.
iv)
Kelas-kelas untuk SEIP di sekolah-sekolah
dipertingkatkan secara beransur-ansur.
v)
KPM telah menjalankan satu projek kerjasama dengan RHB Foundation
- satu inisiatif untuk membina kemudahan mesra OKU di sekolahsekolah iaitu tandas, rel tangan, dan laluan khas untuk kanak-kanak
kurang upaya. Pada masa ini, inisiatif ini hanya dijalankan di Kuala
Lumpur.
BAB 1
Kerajaan
akan
Memandangkan kepentingan isu ini, Suruhanjaya akan terus memantau
pelaksanaan cadangannya serta komitmen yang telah dibuat oleh
Kerajaan, dengan matlamat untuk memastikan akses kepada pendidikan
untuk setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa diskriminasi.
6.
HAK ASASI MANUSIA DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDG)
Pada 1 Januari, 17 SDG, di bawah Agenda Pembangunan Lestari 2030, yang
telah diterima oleh pemimpin-pemimpin dunia pada bulan September 2015
di Persidangan PBB yang bersejarah telah berkuat kuasa secara rasmi. Selama
15 tahun yang akan datang, dengan matlamat sejagat baru yang terpakai
kepada semua, Negara-negara Anggota akan menggerakkan usaha untuk
menamatkan semua bentuk kemiskinan, melawan ketidaksaksamaan, dan
menangani perubahan iklim, di samping memastikan bahawa tidak ada
yang ketinggalan5. Walaupun SDG tidak mengikat dari segi undang-undang,
Kerajaan mempunyai tanggungjawab utama untuk membuat tindakan susulan
dan menilai kemajuan di dalam pelaksanaan 17 Matlamat tersebut. Tindakan
5
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “Agenda Pembangunan Lestari”,
<http://www.un.org/sustainabledevelopment/development-agenda/>
32 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 32
4/21/17 12:07 PM