•
Memastikan Perjanjian Pelaburan dan Perdagangan Malaysia Tidak
Memberikan Kesan Buruk kepada Hak Asasi Manusia
BAB 1
Syor 17 di dalam Pelan Strategik Rangka Kerja NAP Mengenai Hak
Asasi Manusia Dan Perniagaan (dokumen Suruhanjaya mengenai hak
asasi manusia dan perniagaan yang telah dihantar kepada Pejabat
Perdana Menteri pada 24 Mac 2015) menyatakan bahawa Kerajaan
tidak boleh mengabaikan kewajipan hak asasi manusia mereka di dalam
memuktamadkan sebarang perjanjian pelaburan dan perdagangan.
Perjanjian ekonomi yang dimeterai oleh Kerajaan, sama ada dengan
Negara lain atau dengan perusahaan perniagaan - seperti triti pelaburan
dwi-lateral, perjanjian pelaburan bebas, atau kontrak kepada projek
pelaburan - mewujudkan peluang ekonomi bagi Kerajaan tetapi juga boleh
memberi kesan kepada ruang dasar domestik Kerajaan. Sebagai contoh,
syarat-syarat perjanjian pelaburan antarabangsa boleh mengekang
Kerajaan daripada melaksanakan sepenuhnya undang-undang hak asasi
manusia baru, atau membuka risiko Kerajaan menghadapi timbangtara
antarabangsa yang mengikat jika ia berbuat demikian. Oleh itu, Kerajaan
perlu memastikan bahawa ia mengekalkan keupayaan kawal selia dan
dasar yang cukup untuk melindungi hak asasi manusia di bawah syaratsyarat perjanjian itu, di samping menyediakan perlindungan pelabur yang
diperlukan.
•
Konsultasi yang Bermakna bersama Pihak Berkepentingan
Memandangkan masa yang sangat terhad sejak pengeluaran teks
sebenar TPPA pada 5 November 2015 oleh Kerajaan, Suruhanjaya
mengesyorkan supaya lebih banyak rundingan yang bermakna dan masa
diperuntukkan bagi pihak berkepentingan untuk menilai dan merujuk
kepada pakar-pakar bebas untuk pemahaman yang lebih baik dan
mendalam terhadap teks TPPA. Di samping itu, memandangkan TPPA akan
memberi kesan yang besar ke atas Malaysia, perlu ada perbincangan
yang lebih aktif mengenai peruntukan dan implikasi perjanjian tersebut,
dan juga rundingan yang bermakna, sebelum Kerajaan membuat apaapa keputusan untuk menandatangani atau meratifikasi TPPA.
•
Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Tetap Parlimen (PSC) mengenai TPPA
Suruhanjaya mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan
Kaukus Parlimen mengenai TPPA. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya
difahamkan bahawa oleh sebab Kaukus tersebut diberikan mandat yang
terhad, ia hanya terlibat di dalam siri sesi taklimat oleh Kerajaan dan
tiada perbincangan yang mendalam mengenai perkara ini. Sehubungan
dengan itu, Suruhanjaya mengesyorkan supaya sebuah PSC ditubuhkan
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 27
suhakam BM.indd 27
4/21/17 12:07 PM