BAB 1 negara, kebimbangan telah dibangkitkan bahawa ISDS2 merupakan penguatkuasaan Bab Pelaburan dan bertujuan untuk menyedarkan Kerajaan bahawa sebelum pengenalan mana-mana dasar atau undangundang, Kerajaan mesti mengambil kira kesan ke atas keuntungan syarikat atau pelabur dari negara-negara anggota dalam TPPA. iv) Konsultasi Bermakna bersama Pihak Berkepentingan Sejak peringkat awal penglibatan Kerajaan dalam proses rundingan TPPA, punca utama rasa tidak puas hati di kalangan pihak berkepentingan adalah kurangnya proses konsultasi yang bermakna. Kebimbangan telah dibangkitkan bahawa dialog dan mesyuarat yang dijalankan oleh Kerajaan adalah sesi taklimat semata-mata, di mana tiada perbincangan menyeluruh telah diadakan dan tiada teks-teks rundingan disediakan. v) Waktu yang Singkat untuk Perbincangan dan Penyediaan Komen Teks sebenar TPPA telah dikeluarkan oleh Kerajaan pada 5 November 2015 dan dipaparkan di laman sesawang MITI. Walau bagaimanapun, Kerajaan hanya membenarkan dua bulan3 untuk pihak berkepentingan mengkaji teks tersebut, yang mengandungi 30 Bab dan 6,000 mukasurat. vi) Kesukaran dalam Pemahaman Teks TPPA 30 Bab TPPA tersebut adalah sukar untuk difahami, termasuklah di kalangan Ahli Parlimen, dan ini mungkin akan menggagalkan tujuan Sesi Khas Parlimen yang bertujuan untuk mendebatkan peruntukan-peruntukan di dalam TPPA dan kesannya kepada rakyat dan negara. vii) Perkaitan antara TPPA dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pada Sidang Kemuncak Pembangunan Mampan PBB pada 25 September 2015, lebih dari 150 negara termasuk Malaysia telah menerima pakai SDG baru yang menggariskan 17 matlamat dan 169 sasaran untuk ditangani, termasuk perubahan iklim global (Matlamat 13), kesihatan yang kurang baik (Matlamat 3), dan kemiskinan (Matlamat 1). Turut dinyatakan bahawa terma TPPA sepatutnya menuruti dan seiring dengan matlamat dan sasaran SDG yang telah pun diterima pakai oleh Kerajaan. Berdasarkan PMB tersebut, Suruhanjaya telah mencadangkan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan: 2 3 Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Kerajaan (ISDS) adalah satu sistem di mana syarikat-syarikat individu boleh menyaman negara yang didakwa mengamalkan diskriminasi. ISDS merupakan instrumen undang-undang awam antarabangsa dan peruntukan yang terkandung di dalam beberapa perjanjian pelaburan dua hala. Sekiranya pelabur dari satu negara (negara asal) melabur di negara lain (negara penganjur),kedua-duanya bersetuju untuk ISDS, dan negara penganjur melanggar hak yang diberikan kepada pelabur di bawah undang-undang awam antarabangsa, maka pelabur boleh membawa perkara tersebut sebelum tribunal timbang tara. Akhbar melaporkan bahawa Parlimen akan mengadakan satu sesi perdebatan khas mengenai TPPA dari 26 sehingga 28 Januari 2016. 26 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 26 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3