Suruhanjaya berpendapat bahawa untuk menjayakan NAP ini, Kerajaan
memerlukan sokongan semua pihak berkepentingan terutamanya
syarikat perniagaan. Sehubungan itu, pada tahun ini Suruhanjaya
telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan beberapa
syarikat seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Felda Global
Venture (FGV), dan Digi Telecommunications, yang bertujuan antara
lainnya untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai
rancangan untuk membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia
Dan Perniagaan. Suruhanjaya akan meneruskan penglibatannya dengan
semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan meningkatkan usaha
untuk menggalakkan kesedaran mengenai isu-isu hak asasi manusia dan
perniagaan termasuk NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan
di kalangan sektor perniagaan secara lebih meluas.
BAB 1
dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas semua pelanggaran hak
asasi manusia yang dilakukan oleh sektor perniagaan, namun begitu
Kerajaan masih boleh dianggap melanggar kewajipannya di dalam
melindungi hak asasi manusia sekiranya pelanggaran hak asasi manusia itu
disebabkan oleh kegagalan Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah
yang sesuai untuk mencegah, menyiasat, menghukum, dan membetulkan
penyalahgunaan syarikat swasta.
(b) Mesyuarat dan Penglibatan bersama Pihak Berkepentingan
Selaras dengan pelancaran Rangka Kerja Strategik, Suruhanjaya terus
bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dengan menghadiri
beberapa mesyuarat sama ada di peringkat domestik mahupun serantau
dalam meneruskan agenda Rangka Kerja Strategik ke hadapan. Dengan
menggunakan platform ini, Suruhanjaya telah berkongsi pandangan
serta pengalaman dalam menyokong Kerajaan Malaysia ke arah
membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan.
Keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan adalah salah satu cara
untuk menggalakkan kesedaran tentang kepentingan NAP Mengenai Hak
Asasi Manusia Dan Perniagaan, serta untuk mendapatkan sokongan ke
arah merealisasikan NAP ini.
i)
Seminar Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi
Manusia (AICHR) untuk Mempromosikan Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) dan Hak Asasi Manusia di ASEAN
Suruhanjaya telah dijemput oleh AICHR-Singapura dan Rangkaian
CSR ASEAN untuk berkongsi pengalamannya dalam menyokong
Kerajaan Malaysia untuk membangunkan NAP Mengenai Hak
Asasi Manusia Dan Perniagaan. Seminar ini telah diadakan dari 3-4
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 21
suhakam BM.indd 21
4/21/17 12:07 PM