manusia dalam aktiviti perniagaan seperti yang ditetapkan dalam UNGP
Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan.
BAB 1
Kumpulan Kerja PBB Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan dalam
laporannya pada tahun 2014 di Perhimpunan Agung PBB jelas menyatakan
bahawa NAP adalah instrumen utama dalam pelaksanaan UNGP.
Oleh demikian, adalah diyakini bahawa NAP tersebut akan mampu:
i)
Menetapkan objektif hak asasi manusia dan perniagaan di Malaysia
sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa;
ii)
Memperincikan jenis tindakan yang boleh diguna pakai oleh
Kerajaan di dalam melindungi hak asasi manusia dan menyokong
sektor perniagaan, serta tanggungjawab mereka terhadap hak asasi
manusia di peringkat nasional dan transnasional;
iii) Mengenal pasti keutamaan tindakan serta membuat komitmen yang
bersifat konkrit dan boleh diukur yang meliputi keseluruhan aspek
bidang perniagaan, perdagangan, dan dasar pelaburan di Malaysia
yang membawa kesan terhadap hak asasi manusia;
iv) Mengenal pasti cara di mana remedi dan mekanisma tuntutan boleh
diperkukuhkan atau dijadikan lebih efektif
v) Merangkumi cara mengukur kemajuan, seperti peringkat-peringkat
pencapaian kerja, kitaran laporan berkala, dan/atau petunjuk prestasi.
Di Malaysia, penerapan hak asasi manusia ke dalam aktiviti perniagaan
telah pun bermula. Ini dapat dilihat berdasarkan fakta bahawa terdapat
lebih daripada lima puluh perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan
sederhana, yang telah menjadi ahli UN Global Compact, dan yang dengan
itu komited untuk mematuhi 10 Prinsip UN Global Compact, termasuk hak
asasi manusia. Di samping itu, terdapat lebih dari 120 syarikat Malaysia
yang merupakan ahli kepada Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari
(RSPO) yang komited kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(UDHR). Oleh itu, sebuah NAP akan membantu sektor perniagaan supaya
lebih bertanggungjawab, selain memastikan aktiviti perniagaan mereka
tidak melanggar hak asasi manusia semasa beroperasi di Malaysia dan di
negara lain. Adalah menjadi kepentingan terbaik perniagaan-perniagaan
untuk mengekalkan reputasi mereka sebagai warga korporat yang baik
yang mematuhi hak asasi manusia dalam operasi mereka di dalam dan
luar negara.
Suruhanjaya percaya bahawa NAP yang dicadangkan juga perlu
disokong dengan penguatkuasaan yang berkesan bagi undangundang sedia ada yang mengawal tindakan sektor perniagaan. Oleh
itu, Suruhanjaya menegaskan bahawa walaupun Kerajaan tidak boleh
20 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 20
4/21/17 12:07 PM