ULASAN PENGERUSI
bertujuan untuk menghina tahanan. Terdapat kes di mana individu yang
memilih untuk melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman telah ditahan
di bawah Akta tersebut. Malah, seakan-akan terdapat suatu trend untuk
melemahkan sebarang percubaan serius untuk mengkaji kepatuhan undangundang antikeganasan ini kepada hak asasi manusia. Terus terang dikatakan,
takrifan yang luas bagi “kesalahan keselamatan” di bawah Akta tersebut
seolah-olah menunjukkan bahawa bidang kuasanya melampaui kesalahan
keganasan.
SUHAKAM mengimbas kembali Kertas Putih yang bertajuk “Ke Arah Menangani
Ancaman Kumpulan Islamic State” yang menzahirkan kebimbangan Kerajaan
terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan Islamic State (IS),
dan mengaitkannya dengan cadangan untuk mengukuhkan SOSMA bagi
mengatasi ancaman ini dengan berkesan. Semasa Persidangan Antarabangsa
Mengenai Deradikalisasi dan Menentang Esktremisme Ganas pada bulan
Januari tahun ini, Kerajaan menekankan sekali lagi bahawa ancaman serangan
pengganas adalah benar dan merupakan sebab Kerajaan meluluskan SOSMA,
Akta Langkah-langkah Menangani Keganasan Luar Negara (SMATA) 2015,
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan
Negara 2016; untuk memastikan pihak Polis mempunyai kuasa yang perlu ada
pada mereka. Namun, mengimbangi antara keselamatan negara dan hak
asasi manusia adalah penting bukan sahaja demi kejayaan strategi Malaysia
untuk memerangi keganasan tetapi juga demi mengekalkan keunggulan
demokrasi negara kita. Malaysia perlu memastikan bahawa langkah-langkah
yang diambil untuk memerangi keganasan mematuhi kewajipannya di bawah
undang-undang antarabangsa, khususnya hak asasi manusia antarabangsa
dan undang-undang kemanusiaan.
SUHAKAM bukan mencadangkan bahawa kita harus mengelak daripada
meluluskan undang-undang pencegahan keganasan kerana bimbang berlaku
pelanggaran hak asasi manusia. Tetapi undang-undang antikeganasan harus
mengandungi perlindungan daripada penyalahgunaan atau ketidaksahan.
Adalah penting apabila kuasa luar biasa, yang berpotensi untuk melanggar
hak asasi manusia, diperkenalkan oleh Kerajaan bahawa kuasa ini tertakluk
kepada semakan sebenar, segera, dan menyeluruh oleh badan kehakiman
yang bebas.
Sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional (NHRI) yang bertauliah
penuh dengan “status A”, SUHAKAM telah meneruskan penglibatannya
dengan Parlimen di pelbagai peringkat pada tahun ini. Prinsip-prinsip Belgrade
tentang Hubungan Di Antara Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Dan Parlimen
(Prinsip Belgrade) menekankan bahawa NHRI harus melapor terus kepada
Parlimen. Lebih tepat lagi, NHRI perlu mengemukakan kepada Parlimen laporan
tahunan mengenai aktivitinya, berserta ringkasan akaun, dan juga laporan
LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 9
suhakam BM.indd 9
4/21/17 12:07 PM