ULASAN PENGERUSI
dipelajari oleh generasi muda kita. Belia perlu faham kesaksamaan dan konsep
tiada diskriminasi, serta mengetahui hak mereka, untuk memahami bagaimana
mereka harus dilayan dan bagaimana mereka harus melayan orang lain.
Mengetahui dan memahami tentang hak dan tanggungjawab, menghargai
kedua-duanya, dan belajar mengenai perjuangan untuk mendapatkan
kedua-duanya, adalah asas-asas penting dalam persediaan semua kanakkanak untuk hidup dalam masyarakat yang demokratik dan majmuk. Kajian
telah mendapati bahawa mengajar kanak-kanak tentang hak asasi manusia
dapat mengurangkan kes buli, ponteng sekolah, dan penyisihan, memperbaiki
hubungan dengan guru-guru, dan mewujudkan suasana yang lebih sihat untuk
belajar.
Namun, dalam sistem pendidikan kita, hak asasi manusia dan hak yang
termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tidak diajar di sekolahsekolah, kerana ia dianggap oleh sesetengah pihak sebagai selaras dengan
sekularisme, atau dianggap bahawa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(UDHR) adalah sebuah dokumen masyarakat Barat yang gagal mengambil
kira norma budaya dan nilai yang wujud di Malaysia, atau sebagai percubaan
untuk memaksa nilai Barat ke atas rakyat Malaysia. Oleh itu, jelas terdapat
kekurangan pemahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak
yang terkandung di dalamnya di kalangan rakyat Malaysia.
SUHAKAM akan cuba untuk merapatkan jurang ini. Memandangkan
pendidikan hak asasi manusia adalah penting bagi hak setiap kanak-kanak
kepada pendidikan yang berkualiti, dan selaras dengan Program Dunia PBB
Bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia, SUHAKAM menjadikan pendidikan hak
asasi manusia dari peringkat awal hingga ke peringkat pengajian tinggi
sebagai salah satu keutamaannya dengan bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan pada tahun 2009 untuk Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia
Di Sekolah (ATHAM). Tahun ini, 15 buah sekolah lagi telah dimasukkan ke
dalam program ini, membawa kepada sejumlah 222 sekolah yang mengambil
bahagian. Program ini, yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan prinsip hak
asasi manusia ke dalam setiap aspek kehidupan di sekolah, telah menjana
minat dan membawa hasil yang memberangsangkan.
Pendidikan hak asasi manusia tidak boleh diringkaskan menjadi pengenalan
pendek tentang kandungan hak asasi manusia di sekolah-sekolah terpilih.
Pendidikan hak asasi manusia perlu diberi keutamaan di peringkat asas
polisi pendidikan kita untuk memastikan bahawa kanak-kanak pada hari
ini akan membesar menjadi orang dewasa yang sedar akan hak mereka.
Adalah menjadi harapan SUHAKAM agar hak asasi manusia diterima sebagai
sebahagian daripada pendidikan formal di semua sekolah selaras dengan
aspirasinya iaitu “Pendidikan Hak Asasi Manusia (Diajar Dan Diamal) Di Semua
Sekolah Menjelang Tahun 2020”, dan selaras dengan Matlamat 4 Agenda 2030
6 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 6
4/21/17 12:07 PM