ULASAN PENGERUSI Malangnya, dapat dirasakan bahawa terdapat kekurangan minat terhadap hak asasi bagi tahanan, malah kadang kala mereka dianggap telah kehilangan kesemua hak asasi manusia atas sebab penahanan mereka. Sikap ini, pada pandangan SUHAKAM, tergambar dalam keutamaan belanjawan Kerajaan, dan sumber yang disediakan untuk penyeliaan dan penjagaan kesemua tempat tahanan di negara ini. SUHAKAM berpandangan bahawa menjamin keadaan yang baik dan berperikemanusiaan untuk tahanan adalah satu aspek penting dalam hak kepada keadilan, dan SUHAKAM akan terus bersuara mengenai isu ini. Selama bertahun-tahun, SUHAKAM telah bekerjasama dengan PDRM dalam pelbagai perkara termasuklah program kerjasama mengenai hak asasi manusia. Walaupun penglibatan SUHAKAM dengan pihak Polis telah menghasilkan tahap kejayaan yang berbeza-beza, SUHAKAM telah menjalankan beberapa bengkel latihan untuk pihak Polis mengenai hak asasi manusia yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan mereka terhadap piawaian hak asasi manusia dalam tugas seharian, serta untuk berkongsi amalan terbaik hak asasi manusia supaya ianya boleh diterapkan dalam polisi PDRM untuk memupuk dan mengekalkan perkhidmatan Polis yang inklusif serta mengelakkan pelanggaran hak asasi manusia. SUHAKAM ingin meningkatkan usahanya dalam hal ini dan telah menyampaikan hasrat ini kepada pihak pengurusan tertinggi PDRM di dalam mesyuarat kerja bersama. SUHAKAM sentiasa memperakui komitmen dan sumbangan PDRM kepada masyarakat, terutamanya tanggungjawab berat yang digalas oleh pihak Polis semasa perhimpunan awam yang juga merupakan hak asasi rakyat. SUHAKAM memuji PDRM di atas cara mereka mengendalikan dan menguruskan perhimpunan awam baru-baru ini. Sehubungan dengan ini, adalah hasrat SUHAKAM supaya pihak Polis menerima bahawa apa yang digelar sebagai “perhimpunan haram” itu tidak wujud. Berikutan pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis 1967, konsep perhimpunan haram tidak ada lagi di bawah undang-undang, dan perhimpunan tidak boleh dihalang. Pemberitahuan awal tentang perhimpunan tidak boleh dianggap sebagai meminta kebenaran atau pengesahan daripada pihak berkuasa, dan ianya hanyalah bagi maksud memudahkan pelaksanaan hak kebebasan berhimpun. Pada tahun 2016, SUHAKAM telah menguruskan sejumlah 879 aduan yang mengandungi dakwaan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia termasuk hak untuk kewarganegaraan, hak-hak tanah adat, hak untuk mendapatkan perlindungan dan status pelarian, penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan, dan pembuangan daerah. 80 aduan telah dibuat oleh Orang Asli tentang pencerobohan tanah adat yang berterusan bagi tujuan pembalakan, perlombongan, dan pertanian; pencemaran sungai dan penebangan hutan 4 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 4 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3