Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan untuk memastikan bahawa komuniti yang terlibat diberi penyertaan dan dilibatkan dalam proses perundingan, serta diberi akses kepada maklumat yang relevan. (iv) Prosedur Pelesenan Adalah penting untuk menentukan status sebidang tanah sebelum pengeluaran lesen untuk mengelakkan pengeluaran lesen ke atas tanah NCR. Dalam kes-kes di mana lesen telah dikeluarkan ke atas tanah NCR, projek-projek yang sedang berlangsung haruslah dihentikan buat sementara dan perundingan yang sewajarnya dijalankan untuk membuktikan bahawa tanah itu bukan tanah NCR. (v) Aksesibiliti Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan serta agensi-agensinya untuk menyediakan rakyat dengan akses kepada remedi. Satu mekanisma perlu dibentuk bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada maklumat yang mencukupi mengenai mekanisme pemulihan atau prosesnya. Suruhanjaya turut menyedari keperluan untuk mempertingkatkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan perniagaan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sehubungan ini, Suruhanjaya, dalam Rancangan Kerja 2016, telah merangka aktiviti untuk mempromosikan kesedaran mengenai isu-isu hak asasi manusia dan perniagaan di kalangan komuniti perniagaan yang lebih luas, termasuk di negerinegeri lain di Semenanjung dan industri-industri tertentu seperti sektor perladangan di Sabah. (e) PMB mengenai Rangka Kerja Pelaporan UNGP dan Peranan Pelaku Utama dalam Menginsentifkan Prestasi Korporat Pada 2 Oktober, Suruhanjaya, dengan kerjasama Shift, Mazars, Rangkaian CSR ASEAN, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), dan UNCT, menganjurkan PMB mengenai “Rangka Kerja Pelaporan UNGP (UNGPRF) dan Peranan Pelaku Utama dalam Menginsentifkan Prestasi Korporat” dengan agensi Kerajaan yang berkaitan, pihak-pihak syarikat, kesatuan sekerja, dan organisasi awam. Shift dan Mazars, sejak dua tahun yang lalu, telah membangunkan UNGPRF, yang dilancarkan di London pada bulan Februari. Objektif PMB ini adalah untuk membincangkan pendekatan Malaysia kepada kewajipannya sebagai pelindung di bawah UNGP, untuk memperkenalkan UNGPRF, untuk membincangkan bagaimana dokumen tersebut boleh melengkapkan dan menyokong syarat-syarat pelaporan kemampanan syarikat di Malaysia, serta untuk mengenal pasti langkah-langkah yang sesuai ke arah pelaksanaan UNGPRF. UNGPRF merupakan panduan komprehensif yang pertama bagi syarikat-syarikat dalam melaporkan isu-isu hak asasi manusia selaras dengan tanggungjawab mereka untuk menghormati hak asasi manusia seperti yang dinyatakan dalam UNGP. UNGPRF menyediakan 46 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 46 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3