Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan hak asasi manusia memerlukan tindakan bebas sektor perniagaan sendiri. Pada masa yang sama, Kerajaan perlu menyediakan satu persekitaran kawal selia dan dasar yang sesuai untuk memupuk rasa hormat korporat terhadap hak asasi manusia. (ii) Bahawa hakikat yang pencabulan hak asasi manusia akibat aktiviti perniagaan begitu berleluasa di seluruh dunia berpunca dari amalan pihak-pihak kerajaan yang mengasingkan, atau meminggirkan, proses pengawalseliaan pematuhan hak asasi manusia dari proses pengawalseliaan perniagaan dan aktiviti ekonomi. Kedua-dua jenis proses ini perlu diintegrasi. (iii) Bahawa sungguhpun pihak-pihak kerajaanlah yang mempunyai kesahihan, kemampuan, dan sumber untuk membuat keputusan-keputusan sukar dalam mengimbangi keperluankeperluan yang saling bercanggah dalam masyarakat, kewujudan pencabulan hak asasi manusia akibat aktiviti perniagaan menunjukkan bahawa lebih banyak perlu dilakukan untuk mendapatkan keseimbangan yang tepat. (iv) Bahawa adalah penting untuk proses membangunkan sebuah PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan dimiliki dan diterajui oleh Kerajaan, dan untuk PTN tersebut dibangunkan berdasarkan rundingan yang cukup, termaklum, dan inklusif dengan pihak berkepentingan. Di samping itu, berkenaan cara-cara praktikal untuk Rangka Kerja Strategik ini diguna pakai oleh pihak Kerajaan dan bukan Kerajaan, Suruhanjaya mengesyorkan: (i) (ii) Kepada Kerajaan • Supaya Rangka Kerja Strategik digunakan untuk mengenal pasti dan mendapatkan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan untuk mengambil bahagian dalam suatu usaha rentas Kerajaan bagi membangunkan PTN tersebut; dan • Biarpun sebuah PTN pada peringkat awalnya mungkin tidak dapat menyasarkan semua matlamat dasar yang dikenal pasti, bahawa Rangka Kerja Strategik tetap patut dikemukakan untuk rundingan oleh pihak-pihak berkepentingan dan diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum memilih dasar-dasar yang ingin ditangani dalam PTN pada peringkat awal. Kepada Pelaku Bukan Kerajaan • Supaya pelaku bukan Kerajaan menggunakan Rangka Kerja Strategik dan UNGP sebagai titik rujukan untuk tindakan, termasuk mengenal pasti matlamat dasar yang berkaitan dengan minat dan pengalaman mereka, 42 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 42 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3