Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
mengenai amalan terbaik daripada negara-negara lain perlu dijalankan bagi memastikan
Kerajaan mengamalkan sistem yang terbaik untuk negara berdasarkan kepada kebolehan
akses, kemampuan, dan kemampanan perkhidmatan.
(vi) Undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan juga diperlukan untuk
memastikan warga emas tidak terdedah kepada penderaan tetapi sebaliknya dilindungi
oleh undang-undang.
(vii) Terdapat cadangan di forum-forum hak asasi manusia antarabangsa untuk
membangunkan konvensyen baru bagi melindungi hak-hak warga emas. Adalah
diharapkan bahawa Kerajaan akan menyokong idea instrumen baru ini.
Isu-isu warga emas perlu diberi perhatian yang serius kerana bilangan warga emas semakin
meningkat setiap tahun. Semua pihak termasuk Kerajaan, NGO, pengendali pusat jagaan,
universiti, dan orang awam, serta komuniti-komuniti dalam masyarakat mempunyai
tanggungjawab masing-masing dan perlu membantu warga emas supaya mereka boleh
hidup dengan bermaruah. Selain daripada isu-isu berkaitan kebajikan, isu-isu warga emas
harus dilihat dari perspektif hak asasi manusia seperti hak kesihatan, hak untuk mencapai
standard kehidupan yang secukupnya, hak untuk hidup bermasyarakat, dan hak untuk bebas
daripada sebarang bentuk penyeksaan dan penderaan.
2.
HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN
(a)
Projek Pejabat Luar Negeri dan Komanwel (FCO)
Pada tahun 2014, Suruhanjaya dengan kerjasama Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu di Malaysia (UNCT) telah berjaya dalam usaha mendapatkan geran daripada Pejabat
Luar Negeri dan Komanwel United Kingdom (FCO) untuk melaksanakan projek yang memberi
tumpuan kepada perniagaan dan hak asasi manusia yang bertajuk “Mempromosikan Hak
Asasi Manusia dan Perniagaan di Malaysia untuk Kejayaan Perniagaan dan Pertumbuhan
Inklusif””. Objektif utama projek ini adalah untuk menggubal dan mencadangkan rangka kerja
bagi pelan tindakan negara ke arah penggunaan dan pelaksanaan Prinsip-prinsip Panduan
PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP) oleh kedua-dua pihak pelaku
iaitu Kerajaan dan bukan Kerajaan di Malaysia. Projek ini, yang bermula pada bulan Julai
2014, telah berjaya disempurnakan pada bulan Mac 2015 dengan pelancaran Rangka Kerja
Strategik Berkenaan Pelan Tindakan Nasional (PTN) Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi
Manusia di Malaysia (Rangka Kerja Strategik) oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai kesinambungan kepada kerja yang telah dilakukan dalam tahun 2014, tahun ini
Suruhanjaya telah menjalankan beberapa aktiviti sebelum pelancaran dokumen akhir tersebut,
iaitu Rangka Kerja Strategik, termasuk yang berikut:
39
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 39
02/04/2016 3:33 AM