Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
(vii) Pemulihan dalam Komuniti (PDK)
Dalam sistem sekarang, kakitangan PDK dilantik secara kontrak dengan elaun sebanyak
RM800. Memandangkan pentingnya peranan mereka dalam melakukan intervensi
untuk kanak-kanak berkeperluan khas, status mereka perlu dipertimbangkan semula.
Berdasarkan PMB yang dijalankan, didapati bahawa isu intervensi awal untuk CWLD perlu
diberikan perhatian bagi memastikan CWLD boleh dikenal pasti pada usia yang muda supaya
intervensi yang sewajarnya dan lain-lain bentuk sokongan boleh diberikan kepada mereka.
Suruhanjaya akan meneruskan kerja-kerja advokasi mengenai perkara ini, dan merancang
untuk mengadakan perbincangan kumpulan fokus dengan pihak berkepentingan yang
berkaitan termasuk KPM dan KKM.
(b)
PMB mengenai Perkhidmatan Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada
Penjaga
Semasa PMB ini, para peserta telah mengutarakan beberapa perkara mengenai hak warga
emas, iaitu:
(i)
Telah dinyatakan bahawa pada masa akan datang, Kerajaan akan bertukar peranan
dari ‘pembekal perkhidmatan’ kepada ‘penguatkuasa’. Oleh itu, tiada lagi rancangan
untuk menambah bilangan pusat jagaan Kerajaan. Oleh yang demikian, dicadangkan
juga bahawa Kerajaan perlu memastikan pembekal perkhidmatan mematuhi piawaian
dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
(ii)
Dicadangkan juga bahawa perkataan “Swasta” tidak seharusnya terkandung di dalam
Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Warga
Emas Swasta memandangkan terdapat juga pusat-pusat jagaan yang diuruskan oleh
Kerajaan. Oleh itu, Rang Undang-undang tersebut perlulah memperkenalkan satu
piawaian sahaja yang akan dipatuhi oleh kedua-dua pusat jagaan Kerajaan dan swasta.
(iii) Turut dicadangkan bahawa kerjasama dan penyelarasan antara kementerian-kementerian
amat perlu kerana isu-isu warga emas melibatkan beberapa kementerian seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM), KKM,
dan lain-lain lagi.
(iv) Isu jagaan warga emas di rumah oleh ahli keluarga atau pembantu rumah turut
dibangkitkan kerana kebanyakan daripada penjaga sebegini tidak mendapat latihan
yang sewajarnya. Tugas penjagaan ini boleh menyebabkan penjaga tidak terlatih
berisiko mengalami tekanan dan boleh menyebabkan kes-kes penderaan warga emas
yang di bawah jagaan mereka.
(v)
Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem campuran berhubung dengan
perkhidmatan jagaan warga emas, telah dicadangkan bahawa kajian menyeluruh
38
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 38
02/04/2016 3:33 AM