Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
pendaftaran baru yang menyimpan data berkenaan OKU. Adalah dicadangkan bahawa
set data tentang OKU yang disimpan oleh JKM, KKM dan KPM secara berasingan
perlu disepadukan.
(iii) Cabaran KPM dan Langkah ke Arah Pendidikan Inklusif
Antara cabaran yang dihadapi oleh KPM adalah keperluan untuk infrastruktur yang
lebih baik, persekitaran dan peralatan yang mesra OKU, serta guru-guru terlatih.
Turut dijelaskan bahawa beberapa inisiatif telah dijalankan dan akan dilaksanakan
dalam tiga peringkat seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (gelombang pertama dari 2013-2015, gelombang kedua dari 2016-2020
dan gelombang ketiga dari 2021-2025), dengan objektif keseluruhan untuk mencapai
pendidikan inklusif sebanyak 75 peratus bagi murid berkeperluan khas pada tahun 2025.
(iv) Aksesibiliti: Pemeriksaan dan Penilaian Kelayakan untuk Program Pendidikan Khas/
Program Pendidikan Khas Integrasi
Telah dijelaskan kepada peserta bahawa mana-mana kanak-kanak yang diberi diagnosis
sebagai kanak-kanak berkeperluan khas akan diletakkan di bawah tempoh percubaan
selama tiga bulan untuk menentukan pilihan persekolahan yang sesuai. Apabila
kanak-kanak itu telah disahkan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas, kanak-kanak
tersebut akan diletakkan sama ada di sekolah arus perdana atau sekolah pendidikan
khas, ataupun diberi intervensi perubatan yang berada di bawah bidang kuasa KKM.
(v)
Kekurangan Bilangan CWLD dalam Program Pendidikan Khas Sekolah Rendah
Telah dinyatakan bahawa bilangan CWLD di sekolah rendah adalah lebih kurang
satu peratus. Kadangkala, walaupun pemeriksaan yang dijalankan oleh KKM telah
mengesahkan seorang kanak-kanak sebagai kanak-kanak berkeperluan khas, diagnosis
itu tidak sampai ke sekolah kanak-kanak tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa
sendiri memainkan peranan dan bekerjasama bagi kepentingan pendidikan anak-anak.
(vi) Kekurangan Pusat Intervensi dan Keperluan Ahli Psikologi Kanak-kanak
Proses intervensi untuk kanak-kanak berkeperluan khas harus bermula pada usia yang
muda, dan waktu paling ideal ialah ketika mereka mula ke pusat jagaan harian atau
pra-sekolah. Dalam usaha untuk menangani masalah kekurangan pusat intervensi,
Kerajaan menawarkan geran kewangan kepada semua pusat jagaan yang menerima
kanak-kanak berkeperluan khas, dan geran ini terbuka untuk permohonan. Walau
bagaimanapun, para peserta menyuarakan kebimbangan berkenaan guru-guru yang
tidak mempunyai kemahiran untuk menilai kanak-kanak berkeperluan khas dan turut
mencadangkan supaya sekolah-sekolah melantik ahli psikologi yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman yang berkaitan.
37
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 37
02/04/2016 3:33 AM