Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan (CWLD) manakala sesi petang memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan jagaan untuk warga emas dan sokongan kepada penjaga. PMB tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi-agensi Kerajaan, organisasi-organisasi masyarakat sivil (CSOs), ahli akademik, dan pihak berkepentingan yang lain, seperti pengusaha rumah orang tua. (a) PMB berkenaan Hasil Dapatan Laporan Suruhanjaya mengenai Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran – Dengan Tumpuan Terhadap Pendidikan Rendah PMB ini telah diadakan dengan objektif berikut: (i) Untuk memberikan gambaran keseluruhan dan membincangkan pemerhatian serta saranan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya berhubung dengan hak kepada pendidikan bagi CWLD; (ii) Untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan pendidikan rendah untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, terutamanya perkembangan pendidikan inklusif; (iii) Untuk mendapatkan maklum balas tentang cabaran yang dihadapi oleh kementerian/ agensi Kerajaan dalam melaksanakan dan menangani isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut; dan (iv) Untuk menggalakkan penerimaan dan pelaksanaan syor-syor Suruhanjaya di dalam laporan tersebut. Berikut adalah isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dibuat oleh peserta: (i) Kurangnya Pemahaman, Stigma, dan Intervensi Awal Kebimbangan telah dibangkitkan mengenai kurangnya pemahaman tentang, dan stigma terhadap, CWLD. Turut dibangkitkan bahawa terdapat keperluan untuk intervensi awal untuk mengesan kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan amalan semasa, kanak-kanak dari usia muda akan melalui beberapa peringkat saringan di klinik-klinik Kerajaan. Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang dijalankan di sekolah-sekolah juga merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas. (ii) Data Bersepadu JKM memaklumkan kepada peserta bahawa data dalam Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) dikendalikan sepenuhnya oleh JKM, dan ianya tidak bersepadu dengan sistem data di kementerian lain. Turut dimaklumkan bahawa sebelum ini pendaftaran telah dilakukan secara manual. Ini menyebabkan bilangan sebenar orang kurang upaya (OKU) mungkin tidak dapat digambarkan dengan tepat kerana ada kemungkinan sebahagian daripada mereka telah meninggal dunia. SMOKU adalah satu sistem 36 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 36 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3