Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
BAHAGIAN DASAR
Dunia ini mampu memenuhi keperluan semua
orang, tetapi tidak mampu memenuhi ketamakan
semua orang.
Mahatma Gandhi
Pemimpin nasionalis India yang unggul dan
penyokong keingkaran awam tanpa keganasan.
Di bawah proses penstrukturan semula, Suruhanjaya telah memisahkan Bahagian Penyelidikan
dan Pembangunan Dasar kepada dua bahagian baru - Bahagian Dasar dan Bahagian
Pembaharuan Undang-undang dan Triti. Pada tahun ini, Bahagian Dasar telah menumpukan
gerak kerja dan advokasi terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dan
Perniagaan; Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP); Jawatankuasa Pemilih
Parlimen mengenai hak asasi manusia; tindakan susulan ke atas laporan Inkuiri Nasional Hak
Tanah Orang Asal di Malaysia (NI); dan kajian mengenai isu-isu transgender, terutamanya
berkenaan dengan hak-hak kepada pekerjaan, kesihatan, pendidikan, perumahan, dan maruah
diri. Bahagian Dasar juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti susulan kepada kajian tematik
Suruhanjaya sebelum ini mengenai “Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran” dan “Perkhidmatan Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga”.
1.
AKTIVITI SUSULAN KEPADA ISU-ISU TEMATIK 2013
Dalam melengkapkan laporan penyelidikan Suruhanjaya berkenaan isu-isu tematik 2013, iaitu
“Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran” dan “Perkhidmatan
Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga”, Suruhanjaya telah mengadakan
pertemuan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) untuk mendapatkan input dan komen serta data terkini dan statistik yang kemudiannya
dimasukkan dalam laporan Suruhanjaya. Kedua-dua laporan ini telah dikeluarkan pada 16
November semasa perbincangan meja bulat (PMB) yang diadakan untuk bertukar pandangan
mengenai hasil dapatan dan syor-syor dari kedua-dua laporan tersebut.
PMB tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pagi memfokuskan kepada isu-isu
yang berkaitan dengan hak kepada pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran
35
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 35
02/04/2016 3:33 AM