Isu-Isu Utama (c) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 Menyedari hakikat cabaran-cabaran, sama ada yang berterusan atau yang baru, terhadap hak asasi manusia di Malaysia, Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting agar kedudukan Suruhanjaya diperkukuhkan dengan meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) bagi memastikan terdapatnya semak dan imbang terhadap pihak Kerajaan, khususnya cabang Eksekutif dan Perundangan Kerajaan. Salah satu pindaan yang dicadangkan kepada Akta 597 adalah untuk memberi mandat yang jelas kepada Suruhanjaya sebagai pihak yang harus dirujuk oleh pihak Kerajaan dalam proses penggubalan dan pindaan undang-undang. Malangnya, cadangan ini telah ditolak oleh pihak Kerajaan sekaligus dengan cadangan-cadangan Suruhanjaya yang lain termasuklah memberi kuasa kepada Suruhanjaya secara jelas untuk, antara lain, memeriksa tempat-tempat tahanan tanpa notis awal, mengambil peranan dalam kes-kes mahkamah yang menyentuh hak asasi manusia atau setidak-tidaknya muncul sebagai amicus curiae, serta menjalankan proses pengantaraan. Di samping itu, Suruhanjaya juga telah berusaha untuk mengukuhkan beberapa peruntukan yang sedia ada, khususnya bagi mewajibkan Parlimen membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya, serta dana yang mencukupi bagi membolehkan Suruhanjaya beroperasi secara berkesan. Suruhanjaya akan meneruskan usahanya untuk mendapatkan pindaan-pindaan ini, yang dilihat sebagai perlu untuk meningkatkan kebertanggungjawaban pihak Kerajaan ke arah mencapai sebuah negara yang benar-benar telus dan demokratik. 32 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 32 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3