Isu-Isu Utama
sesuatu pelanggaran hak asasi manusia jika pelanggaran tersebut berlaku atas kegagalan
pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mencegah, menyiasat, menghukum dan
menangani salahlaku perusaha swasta.
Selain memastikan kawalan yang berkesan ke atas operasi perniagaan tempatan, terdapat
juga ekspektasi terhadap Kerajaan untuk mengambil kira implikasi hak asasi manusia sebelum
membenarkan mana-mana pelaburan asing beroperasi di Malaysia, dan juga sebelum memberi
persetujuan ke atas mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa. Prinsip 9 dalam
Prinsip-prinsip Panduan PBB Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia menjelaskan
bahawa walaupun Kerajaan perlu menyediakan perlindungan terhadap pelabur, ia perlulah
diimbangi dengan dasar dan pengawalan yang cukup dan berupaya untuk melindungi hak
asasi manusia di dalam rundingan triti pelaburan, perjanjian perdagangan bebas, atau kontrak
untuk pelaburan. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah contoh di mana Kerajaan
Malaysia dilihat seperti mengetepikan bukan sahaja keperluan untuk menjalankan penilaian
kesan terhadap hak asasi manusia, tetapi juga hak masyarakat untuk mengambil bahagian
dalam proses tersebut. Keputusan Kerajaan untuk meneruskan TPPA telah menimbulkan
banyak bantahan tetapi tidak diendahkan.
Suruhanjaya menekankan tanggungjawab semua ahli masyarakat untuk menghormati hak
asasi manusia. Ia adalah penting untuk dipupuk sebagai satu cara hidup, yang disokong dengan
undang-undang yang bertujuan untuk menyelesaikan pencabulan hak asasi secara efektif.
10. SEMAKAN UNDANG-UNDANG
Pada tahun 2015, hak asasi manusia di Malaysia menghadapi beberapa rintangan susulan
pengenalan undang-undang baru dan semakan semula undang-undang sedia ada yang
memberi kesan terhadap hak asasi manusia, khususnya hak kepada perbicaraan yang adil
dan bebas, dan kebebasan bersuara.
Dari awal lagi, Suruhanjaya meluahkan rasa kecewa terhadap pendekatan yang diambil dalam
proses penggubalan sebahagian undang-undang tersebut yang kelihatan terburu-buru. Di
samping itu, kekurangan rundingan bersama masyarakat awam dalam proses merangka
dan/atau meminda undang-undang tersebut telah menafikan hak masyarakat awam untuk
mengambil bahagian dalam pentadbiran serta pengendalian hal-ehwal awam.
(a)
Akta Pencegahan Keganasan 2015
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang telah digubal untuk menggantikan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah memperkasakan kembali penahanan tanpa
perbicaraan. Akta ini juga tidak memperuntukkan secara nyata bahawa individu-individu
yang ditahan di bawah undang-undang ini berhak kepada peguam untuk pembelaan serta
berhak dimaklumkan tentang kesalahan yang menjadi punca penahanan. Penyiasatan di
30
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 30
02/04/2016 3:33 AM