Isu-Isu Utama Malaysia, terdapat peningkatan harapan orang awam terhadap golongan swasta, termasuk perusahaan perniagaan, supaya memastikan bahawa mereka menghormati hak-hak individu dan masyarakat. Walau bagaimanapun, nampaknya tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan oleh sektor perniagaan di Malaysia ke arah merealisasi harapan ini. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada hal ini adalah ketiadaan undang-undang di Malaysia yang secara khususnya mempertanggungjawabkan perusahaan perniagaan untuk mengelak daripada melanggar hak asasi manusia. Walaupun operasi perusahan perniagaan masih boleh dikawal melalui perundangan sedia ada yang lain, seperti undang-undang tanah, buruh, pemerdagangan manusia, dan alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang ini masih lemah. Selain itu, tahap kesedaran di kalangan sektor perniagaan mengenai tanggungjawab mereka terhadap hak asasi manusia masih terhad. Ini adalah jelas semasa perbincangan Suruhanjaya dengan perusaha perniagaan, dimana terdapat kecenderungan untuk mereka menganggap tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai sumbangan mereka kepada hak asasi manusia. Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan inisiatif CSR, harus ditekankan bahawa tidak seperti CSR yang biasanya menggunakan pendekatan atas-ke-bawah di mana sesebuah syarikat boleh membuat keputusan untuk memilih isu yang ingin mereka tangani, hak asasi manusia menekankan bahawa rasa hormat terhadap maruah setiap individu perlu menjadi nadi kepada operasi setiap perusahaan perniagaan, dan ini termasuk memastikan yang mereka tidak mencabul hak-hak yang diberikan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) semasa menjalankan aktiviti menjana keuntungan. Dalam usaha untuk mengukuhkan peranan dan tanggungjawab sektor perniagaan terhadap hak asasi manusia, pada tahun ini Suruhanjaya telah melancarkan “Rangka Kerja Strategik bagi Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia” sebagai salah satu hasil projek Suruhanjaya sebelum ini yang dimulakan pada tahun 2014 bertajuk “Promoting Business and Human Rights in Malaysia for Business Success and Inclusive Growth”. Melalui inisiatif ini, Suruhanjaya berharap untuk memperhebatkan wacana awam mengenai tanggungjawab syarikat swasta terhadap hak asasi manusia dan, melalui Rangka Kerja Strategik, menyediakan hala tuju dasar untuk mewujudkan pelan tindakan nasional sendiri bagi Malaysia yang menjadikan perlindungan dan rasa hormat terhadap hak asasi manusia sebagai teras dalam operasi perniagaan. Melalui projek ini, Suruhanjaya memperkenalkan pendekatan sederhana untuk mendapatkan penyertaan dan sokongan perusaha perniagaan dari permulaan proses lagi. Sesungguhnya, Suruhanjaya percaya bahawa pendekatan lembut tersebut hendaklah disokong dengan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal tindakan perusahaan perniagaan. Oleh itu, Suruhanjaya menegaskan bahawa walaupun Kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan secara langsung terhadap apa-apa pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh perusahaan pernigaan, pihak Kerajaan masih bertanggungjawab dalam 29 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 29 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3