Isu-Isu Utama Sesetengah murid Orang Asli mendakwa bahawa mereka telah dibuli dan dilayan dengan kasar oleh guru mereka. Oleh sebab itu, Suruhanjaya telah menemui kes-kes di mana kanakkanak Orang Asli telah meninggalkan asrama sekolah mereka tanpa kebenaran guru untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka atas alasan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran asing di sekolah asrama. Hanya baru-baru ini, Malaysia digegarkan dengan laporan tujuh orang murid Orang Asli yang telah melarikan diri dari sekolah berasrama penuh di SK Tohoi. Apabila mereka dijumpai selepas 45 hari hilang, hanya dua daripada mereka yang terselamat, manakala yang lain maut sama ada kerana lemas, cedera, atau kebuluran. Siasatan mendapati mereka telah melarikan diri dari sekolah kerana takut dihukum atas sebab berenang di dalam sungai tanpa mendapat kebenaran guru. Pelarian dan kanak-kanak migran tanpa dokumen membentuk satu lagi golongan rentan yang bukan sahaja terhalang daripada memperoleh pendidikan formal tetapi juga menghadapi beberapa bentuk diskriminasi yang lain. Suruhanjaya amat bimbang dengan penahanan kanak-kanak pelarian dan migran tidak berdaftar, terutamanya kanak-kanak tanpa penjaga, di pusat-pusat imigresen. Suruhanjaya mendapat laporan bahawa setakat 8 November 2013, seramai 782 kanak-kanak migran telah ditempatkan di pusat-pusat tahanan imigresen di seluruh Malaysia. Suruhanjaya menekankan bahawa menempatkan kanak-kanak di pusatpusat tahanan boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan psikologi mereka, kerana mereka terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan dan keselamatan. Suruhanjaya menggesa pihak berkuasa untuk memperkenalkan dasar alternatif kepada tahanan untuk membebaskan kanak-kanak ini kembali ke dalam masyarakat, bersama dengan sokongan yang diperlukan seperti pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan lain yang berkaitan yang bagi memastikan keselamatan dan perkembangan mereka. Kanak-kanak merupakan golongan yang lebih lemah berbanding orang dewasa dan memerlukan perlindungan dan penjagaan khusus, termasuk perlindungan dari segi perundangan. Ini kerana kegagalan untuk memberikan perlindungan sebegini kerap terjadi oleh sebab keperluan kanak-kanak gagal diberi perhatian yang sewajarnya, ataupun kepentingan orang dewasa lebih diutamakan dari keperluan kanak-kanak. Selaras dengan CRC, Suruhanjaya menekankan bahawa prinsip kepentingan terbaik kanakkanak itu mestilah digunakan secara konsisten dan bersepadu di dalam semua dasar, program, undang-undang, serta keputusan penghakiman yang melibatkan kanak-kanak. 9. HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN Perlaksanaan standard hak asasi manusia antarabangsa secara tradisinya menjadi tanggungjawab Kerajaan, dengan tujuan untuk mengawal selia hubungan antara Negara dan individu serta kumpulan. Walau bagaimanapun, peningkatan peranan golongan korporat telah mengetengahkan isu impak perniagaan terhadap hak asasi manusia. Begitu juga di 28 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 28 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3