Isu-Isu Utama
Selain daripada sumber-sumber di atas, organisasi masyarakat sivil (CSO) perlu dirujuk bagi
mendapatkan pandangan bernas mereka terhadap isu-isu hak asasi manusia yang sedang
membelenggu rakyat di Malaysia. Ini adalah penting bagi membolehkan Jawatankuasa
Pemandu/Perunding untuk memberi pertimbangan kepada semua isu-isu hak asasi manusia
dan mengenal pasti isu-isu yang perlu diutamakan di dalam NHRAP Malaysia yang pertama.
Penglibatan CSO adalah penting bagi semua peringkat pembangunan NHRAP tersebut,
termasuk semasa perancangan, pembangunan, pelaksanaan, dan pemantauan.
8.
ISU KANAK-KANAK
Pada tahun 2015, laporan-laporan media mengenai isu kanak-kanak kelihatan lebih kerap.
Laporan mengenai kes rogol kanak-kanak, penukaran agama anak di bawah umur tanpa rela,
hak penjagaan anak, serta kematian murid-murid sekolah Orang Asli merupakan antara berita
yang telah diketengahkan. Selain pihak media, Suruhanjaya juga aktif dalam menjalankan
aktiviti untuk menangani isu-isu yang melibatkan hak kanak-kanak di Malaysia termasuk
hak pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan alternatif kepada tahanan
untuk kanak-kanak dalam tahanan imigresen. Berdasarkan pemerhatian terhadap isu-isu
di atas, Suruhanjaya berpendapat bahawa walaupun Malaysia telah menjadi ahli kepada
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) sejak tahun 1995, masih banyak yang perlu
dilakukan untuk memastikan perlindungan hak kanak-kanak di negara ini.
Malaysia masih mengekalkan reservasi kepada Artikel 2 (tiada diskriminasi); Artikel 7
(kewarganegaraan); Artikel14 (kebebasan berfikir, rasa hati, dan agama); Artikel 28(1)(a)
(hak untuk pendidikan sekolah rendah percuma) dan Artikel 37 (penahanan dan hukuman).
Suruhanjaya berpendapat bahawa sebagai Negara Ahli kepada CRC, Malaysia perlulah
mengkaji dan mempertimbangkan semula mana-mana reservasi yang bercanggah dengan
objektif dan tujuan Konvensyen tersebut demi kepentingan terbaik semua kanak-kanak tanpa
mengira latar belakang politik, ekonomi dan sosial mereka.
Pendidikan merupakan hak yang dimiliki semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan. Namun
di Malaysia, tidak semua kanak-kanak dapat mengakses pendidikan. Ramai kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran (children with learning disabilities), terutamanya mereka yang
tinggal di kawasan luar bandar, tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada kemudahan
dan pendidikan khas memandangkan kebanyakannya hanya terdapat di kawasan bandar
dan pinggir bandar.
Selain itu, masih terdapat ramai kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat memperoleh
pendidikan formal kerana sekolah terlalu jauh dari kampung mereka. Walaupun terdapat
langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyediakan sekolah berasrama
penuh untuk kanak-kanak Orang Asli, Suruhanjaya telah menerima aduan bahawa sekolahsekolah ini telah gagal mengambil kira keperluan dan konteks budaya Orang Asli.
27
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 27
02/04/2016 3:33 AM