Isu-Isu Utama
pedagang manusia.
Meski pun berlakunya keadaan di atas, dan ditambah pula dengan hakikat bahawa sejumlah
153,850 orang pelarian dan pemohon suaka telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia sehingga
September 2015, Malaysia masih belum menunjukkan sebarang kemajuan ke arah menerima
pakai Konvensyen PBB Mengenai Status Orang-Orang Pelarian 1951. Oleh kerana itu, semua
bantuan yang telah dihulurkan oleh Malaysia setakat ini hanyalah atas dasar kemanusiaan.
Maka, selain individu yang dibenarkan oleh Kerajaan, status pelarian dan pemohon suaka
yang lain di Malaysia masih kekal dalam ketidaktentuan yang meningkatkan risiko mereka
untuk dieksploitasi. Ramai di antara mereka tidak dapat mencari pekerjaan, mengakses
perkhidmatan kesihatan, dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Sungguhpun demikian, walalupun Malaysia bukan Negara Ahli kepada Konvensyen PBB
Mengenai Pelarian 1951, Malaysia masih mempunyai tanggungjawab terhadap sebahagian
populasi pelarian di Malaysia. Tanggungjawab tersebut terbit dari Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD),
yang terpakai kepada setiap orang tanpa mengira status kewarganegaraan. Tambahan pula,
masyarakat antarabangsa menerima bahawa CRC menuntut agar kanak-kanak pelarian
mestilah, pertama sekali, dilihat sebagai kumpulan yang memerlukan perlindungan, dan
CRC telah meletakkan tanggungjawab ke atas pihak Kerajaan untuk meletakkan kepentingan
terbaik kanak-kanak sebagai pertimbangan utama dalam semua tindakan. Walaupun terdapat
konsensus sedemikian, Suruhanjaya bimbang melihat ramai kanak-kanak pelarian, termasuk
yang tidak ditemani oleh orang dewasa, telah ditempatkan di pusat-pusat tahanan imigresen
dan bukan di pusat-pusat perlindungan yang bersesuaian.
Di samping peranan Kerajaan Malaysia dalam konteks domestik, Suruhanjaya menyedari akan
kepentingan usaha bersepadu di antara negara sumber, negara transit, dan negara destinasi
untuk menyelesaikan masalah ini dengan berkesan. Pada tahun ini, Malaysia telah menjadi
Pengerusi ASEAN. Ini sepatutnya memberikan kedudukan yang baik buat Malaysia untuk
mendorong suatu pendekatan serantau bagi menangani isu pelarian yang melibatkan negaranegara anggota ASEAN. Sungguhpun masalah ini semakin meruncing di rantau ini, isu krisis
pelarian tidak pun dimasukkan ke dalam agenda sidang kemuncak ASEAN. Ini disifatkan oleh
masyarakat antarabangsa sebagai akibat kekurangan komitmen rasmi terhadap hak asasi
manusia di rantau ini, serta polisi tradisi negara-negara ASEAN untuk tidak campur tangan
di dalam dasar-dasar domestik negara anggota ASEAN yang lain.1
1
James Bowen, ‘Refugee Crisis Tests Limits of Southeast Asian Cooperation’ (IPI Global Observatory, 15 May 2015)
<https://theglobalobservatory.org/2015/05/asean-rohingya-refugees-myanmar/>; John Arendshorst, ‘The Dilemma
of Non-Interference: Myanmar, Human Rights, and the ASEAN Charter’ [2009], 8 Nw. J. Int’l Hum. Rts. 102; The
Editor, ‘Dear world: Don’t expect so much from ASEAN on the refugee crisis’, The Phnom Pen Post (21 May 2015)
22
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 22
02/04/2016 3:33 AM