Isu-Isu Utama pemahaman mereka mengenai hak kanak-kanak kepada pendidikan. Tambahan pula, ramai pelajar dilihat lebih aktif dalam mempamerkan pengetahuan mereka mengenai hak asasi manusia; misalnya penglibatan pelajar dalam menghasilkan komik dan risalah berkaitan hak asasi manusia. Suruhanjaya merancang untuk mengedarkan komik dan risalah tersebut ke sekolah-sekolah lain yang terlibat dalam program ATHAM. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya mengambil maklum bahawa terdapat segelintir sekolah yang menghadapi cabaran dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi program ini. Sebagai contoh, sekolah yang terlibat tidak mempunyai bahan bacaan dan lain-lain sumber berkaitan hak asasi manusia yang mencukupi. Walaupun Suruhanjaya telah membekalkan bahan-bahan hak asasi manusia, pihak sekolah harus terus digalakkan untuk mengambil kira, semasa proses perolehan, pembelian bahan-bahan yang boleh meningkatkan pengetahuan hak asasi manusia di kalangan guru-guru dan pelajar. Sesuai dengan ini, Kerajaan perlulah memastikan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah di Malaysia adalah mencukupi bagi membolehkan mereka mendapatkan bahan-bahan tersebut. Selain daripada sumber bahan yang tidak mencukupi, pemerhatian Suruhanjaya juga mendapati pentadbir di beberapa sekolah yang terlibat masih belum faham sepenuhnya objektif jangka panjang program ini, iaitu untuk menerapkan prinsip-prinsip hak asasi manusia ke dalam semua mata pelajaran yang sedia ada serta memperkenalkan secara formal mata pelajaran hak asasi manusia yang khusus di dalam sukatan mata pelajaran sekolah. Memandang ke hadapan, Suruhanjaya berharap agar kerjasama berterusan yang terjalin dengan pihak KPM dan sekolah-sekolah boleh meningkatkan usaha ke arah mewujudkan pendidikan hak asasi manusia sebagai mata pelajaran rasmi yang bukan sahaja diajar, tetapi juga diamalkan di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. 3. PELARIAN DAN PEMOHON SUAKA Pada tahun ini, Suruhanjaya mendapati beberapa langkah positif telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menangani populasi pelarian dan pemohon suaka dalam negara. Tahun ini juga, Kerajaan telah mengumumkan cadangannya kepada Parlimen untuk membenarkan pelarian Rohingya mencari pekerjaan melalui projek perintis yang akan memberi tumpuan kepada sektor pasaran tertentu. Kerajaan juga telah mula menerima 3,000 orang pelarian Syria dan, bersama-sama dengan Indonesia, telah membenarkan kemasukan 7,000 orang bot yang hanyut di laut, yang mana sebahagian dari mereka adalah pemohon suaka. Walau bagaimanapun, isu-isu yang melibatkan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia masih belum selesai. Awal tahun ini, Malaysia telah menjadi perhatian antarabangsa dengan penemuan ‘kem kematian’ di Wang Kelian, Perlis. Penemuan ini menunjukkan risiko yang dihadapi pelarian, yang telah membawa kepada banyak kehilangan nyawa. Lebih membimbangkan adalah dakwaan pembabitan sebahagian pegawai penguatkuasa dengan 21 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 21 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3