Isu-Isu Utama Meskipun pihak berkuasa telah mempamerkan pendekatan yang lebih baik semasa perhimpunan awam pada tahun ini, Suruhanjaya berasa bimbang dengan insiden penangkapan ramai peserta selepas perhimpunan. Tangkapan sedemikian, serta pelanjutan tempoh tahanan, adalah bercanggah dengan prinsip batasan terhadap hak asasi manusia yang dibenarkan oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya turut menekankan bahawa sesiapa pun tidak patut dianggap sebagai penjenayah, serta ditakut-takutkan dan diugut, hanya kerana menggunakan hak yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, yang dalam hal ini berkaitan dengan hak untuk berhimpun secara aman. Tambahan pula, memandangkan perhimpunan awam secara aman merupakan hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak wajar bagi pihak berkuasa untuk mengklasifikasikan pelaksanaan hak ini sebagai tidak sah disisi undang-undang. Sehubungan itu, Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) perlulah ditafsir dengan cermat, khususnya Seksyen 9(5) yang hanya mengenakan denda ke atas mereka yang gagal memenuhi keperluan pemberian notis sepuluh hari. Walau bagaimanapun, kegagalan mematuhi Seksyen 9(5) tidak menjadikan perhimpunan tersebut haram. Oleh yang demikian, walaupun pihak polis diberikan kuasa yang luas bagi maksud pengawasan perhimpunan awam, kuasa ini tidak wajar digunakan untuk menghalang atau menyekat pelaksanaan perhimpunan aman kecuali berasaskan had-had yang dibenarkan oleh Akta 736. 2. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA Tahun ini, Suruhanjaya menggandakan usahanya untuk memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah. Dalam pelan kerja tahun 2015, Suruhanjaya telah menetapkan tema “Pendidikan Hak Asasi Manusia (Diajar dan Diamal) di semua Sekolah Menjelang 2020” sebagai fokus utama merentasi Bahagian bagi menyokong visi menyeluruh Suruhanjaya iaitu “masyarakat di mana hak asasi manusia dihormati dan dilindungi dan dinikmati sepenuhnya oleh semua”. Program Suruhanjaya iaitu Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM), yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip hak asasi manusia ke dalam semua aspek kehidupan di sekolah, telah diperluaskan kepada 152 buah sekolah di Semenanjung Malaysia. Suruhanjaya juga telah mendekati 55 buah sekolah di Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan sekolah-sekolah tersebut untuk terlibat dalam program ATHAM. Respon yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amatlah memberangsangkan memandangkan program ini telah berkembang dari hanya lima buah sekolah perintis semasa ianya dimulakan pada tahun 2008. Suruhanjaya telah melihat hasil yang sangat baik daripada program tersebut. Sebagai contoh, beberapa sekolah telah menunjukkan peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti sekolah, yang pada masa yang sama telah meningkatkan 20 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 20 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3