Ringkasan Eksekutif
alat promosi, aktiviti kesedaran, program latihan dan pertukaran dan penyelidikan bersama
mengenai hak asasi manusia.
Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya terus mengadakan sesi dialog dengan Kementerian dan
agensi-agensi mengenai Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya
2014, menganjurkan program seperti “SUHAKAM Bersama Masyarakat” di beberapa negeri
dan melibatkan dengan pertubuhan agama Islam dalam projek yang berkaitan dengan akses
untuk orang kurang upaya di masjid-masjid. Suruhanjaya juga telah menerima beberapa
lawatan oleh delegasi tempatan dan luar negara dan telah memanggil beberapa orang
kenamaan dan institusi untuk membincangkan mengenai pelbagai isu untuk memajukan
perjuangan hak asasi manusia di negara ini.
Bahagian Media yang berfungsi sebagai pusat Suruhanjaya untuk semua komunikasi media
telah mengeluarkan 48 kenyataan media mengenai isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan
dengan ekonomi, sosial dan budaya dan hak sivil dan politik. Pada tahun ini, dalam usaha
untuk meningkatkan kesedaran dan untuk menyedarkan semua pihak yang berkepentingan,
Bahagian ini telah menganjurkan dan mengadakan sidang media dan memudahkan wawancara
secara bersemuka bagi pihak Suruhanjaya. Suruhanjaya juga aktif menggunakan Facebook
dan Twitter sebagai laluan dalam mempromosikan agenda hak asasi manusia di Malaysia
kepada pengguna berita media sosial.
Bagi memenuhi mandat Suruhanjaya, Bahagian Latihan menyediakan pendidikan hak asasi
manusia melalui mengembangkan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah
(ATHAM) kepada 152 sekolah menjelang akhir tahun. Suruhanjaya dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bercadang untuk melaksanakan program ATHAM di
24 buah sekolah di Sabah dan 31 buah sekolah Sarawak menjelang 2016. Sebagai persediaan
untuk pelaksanaan program ATHAM, dua seminar untuk pengetua sekolah telah dijalankan
manakala dua lagi masih dirancang untuk penyelaras sekolah di Sabah dan Sarawak tidak
lama lagi. Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia juga telah dijalankan untuk guru-guru
agama dari Sekolah Agama Rakyat.
Daripada 35 buah sekolah yang telah dilawat, didapati bahawa kebanyakan sekolah telah
melaksanakan program itu walaupun ada yang salah faham tentang tujuan program ini
manakala beberapa orang guru tidak terlatih telah ditugaskan untuk menjalankan program
di sekolah-sekolah mereka. Suruhanjaya telah mengambil maklum bahawa kekurangan
bahan bacaan adalah antara beberapa kekangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam
menjalankan program ini. Untuk menagani masalah ini, Suruhanjaya telah menghasilkan dua
buku kecil yang mesra kanak-kanak mengenai CRC telah diedarkan kepada sekolah-sekolah.
Daripada aduan yang diterima oleh Suruhanjaya semasa lawatan ke sekolah Orang Asli,
tempoh pembayaran wang daripada Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada
kanak-kanak sekolah masih belum diselesaikan walaupun telah hampir satu dekad kerana
15
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 15
02/04/2016 3:33 AM