Ringkasan Eksekutif
Sebagai institusi hak asasi manusia nasional yang berstatus “A”, Suruhanjaya diberikan
hak untuk bersuara dalam Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang telah dilakukan melalui
tiga kenyataan video iaitu Penghapusan Hukuman Mati dan Laporan Lawatan ke Malaysia
oleh Pelapor Khas Hak untuk Kesihatan dan Pemerdagangan Orang terutama pada Wanita
dan Kanak-kanak. Lawatan oleh Prosedur Khas Pemegang Mandat PBB ke negara ini perlu
dialu-alukan oleh Kerajaan bagi membolehkan isu-isu hak asasi manusia akan dinilai secara
objektif bagi memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini berdasarkan hasil dapatan
dan syor-syor oleh pakar.
Semasa sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-70, PBB
mengesahkan kepentingan peranan institusi hak asasi manusia nasional dalam mempromosi
dan melindungi hak asasi manusia. Sebanyak 90 negara telah bersama menaja resolusi.
Walaupun Malaysia bukan salah satu penaja bersama, namun ia menyokong resolusi itu
dengan menyertai konsensus dalam menerima pakai resolusi.
Sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya untuk tindakan susulan ke atas Penilaian
Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia kedua, Suruhanjaya telah mengadakan rundingan di Kuala
Lumpur yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan dan CSO untuk mengenal pasti strategi yang
akan membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk bekerjasama untuk melaksanakan 150
syor yang diterima oleh Malaysia semasa UPR kedua. Sesi yang sama juga akan diadakan
di bahagian-bahagian lain di negara ini awal tahun depan.
Bahagian Perhubungan Awam dan Promosi bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran
awam mengenai hak asasi manusia dan merapatkan hubungan Suruhanjaya dengan pelbagai
pihak berkepentingan dengan menganjurkan beberapa acara utama terutamanya Sambutan
Ulang tahun Suruhanjaya ke-15 dan Anugerah Hak Asasi Manusia 2015 yang telah diadakan
pada 9 September tahun ini. Untuk memperingati ulang tahun ke-15 penubuhan Suruhanjaya,
perbincangan panel telah diadakan mengenai topik “SUHAKAM at 15: Still a toothless Tiger…?”
dan diikuti dengan penyampaian Anugerah Hak Asasi Manusia kepada enam penerima.
Suruhanjaya telah mengedarkan komik sulung hak asasi manusia yang bertajuk “ATHAM”
kepada 150 buah sekolah di Malaysia selepas dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran
dan Pengajian Tinggi II, YB P. Kamalanathan. Suruhanjaya bercadang untuk menterjemahkan
komik ke dalam beberapa bahasa lain yang akan digunakan dengan meluas dalam negara
untuk mencapai kumpulan sasaran yang lebih luas kepada prinsip-prinsip hak kanak-kanak
seperti yang digambarkan dalam komik.
Pada tahun ini, Suruhanjaya memulakan dengan beberapa rakan kempen untuk menyokong
penyertaan Malaysia ke Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain Yang Zalim,
Tidak Berperikemanusian Atau Menjatuhkan Maruah (CAT). Di samping itu, Suruhanjaya
juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Monash University
Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dalam penggunaan ICT untuk membangunkan
14
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 14
02/04/2016 3:33 AM