Ringkasan Eksekutif semula undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (MSN) dan cadangan pindaan terhadap Akta KanakKanak 2011 di mana isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan awam dan perlindungan hak asasi manusia tersebut menjadi kebimbangan. Walaupun Suruhanjaya menyedari bahawa kebebasan bersuara masih ditetapkan oleh undang-undang, Suruhanjaya masih mengekalkan gesaan kepada Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana apa-apa sekatan mesti seimbang, berkadaran dan adil dan perlu mesti mematuhi norma-norma antarabangsa yang berkaitan dengan kebebasan bersuara. Bahagian Aduan dan Pemantauan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyiasat aduan dan isu-isu yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia, melawat tempat tahanan dan memantau perhimpunan awam, juga meneruskan kajian tematik terhadap hak kepada kesihatan di penjara dan kematian dalam tahanan polis. Kajian yang bermula pada tahun 2014, tertumpu kepada analisis data hasil daripada tinjauan dan lawatan yang dijalankan di penjara dan lokap polis. Laporan tematik tersebut dijangka akan dilancarkan pada tahun 2016 yang akan menerangkan dengan lebih lengkap terhadap hasil dapatan dan syor-syor dalam kajian tersebut. Mulai 1 April tahun ini, sistem e-aduan telah dibuka kepada kepada orang awam melalui laman web Suruhanjaya. Ini adalah satu saluran tambahan untuk orang awam membuat aduan kepada Suruhanjaya mengenai pencabulan hak asasi manusia selain dari panggilan telefon, datang ke pejabat, mel elektronik atau konvensional. Untuk tahun ini, sejumlah 676 aduan termasuk 20 memorandum telah diserahkan kepada Suruhanjaya termasuk di pejabat Sabah dan Sarawak. Sebanyak 343 aduan tidak terletak dalam mandat Suruhanjaya kerana aduan tersebut sama ada mengenai perkara-perkara yang belum selesai di mahkamah, isu-isu pentadbiran atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa badan-badan profesional. Daripada baki 333 aduan, 20 aduan sedang dalam pelarian di mana aduan tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, keterdedahan untuk ditangkap dan ditahan dan kelewatan dalam isu-isu pendaftaran dan penempatan semula. Suruhanjaya juga telah menyiapkan siasatan terhadap 197 kes manakala 136 masih belum selesai kerana masih tidak lengkap atau kekurangan maklumat yang diberikan oleh pengadu, kelewatan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan dan keperluan untuk pemantauan berterusan dalam mengkaji aduan tersebut. Suruhanjaya juga menyiasat aduan yang diterima dan juga telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat untuk mendapatkan maklum balas dan input daripada pelbagai pihak yang terlibat seperti dakwaan hak pekerja untuk menjadi ahli kesatuan pekerja, tindakan tatatertib yang diambil terhadap guru-guru kerana fahaman politik, penipuan undian dalam pilihan raya kampus dan sekatan ke atas aktivis pelajar. Suatu mesyuarat telah diadakan bagi berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas dan komen mereka sebagai tindakan susulan kepada aduan yang diterima. 12 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 12 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3