Perutusan Pengerusi Dalam pada Suruhanjaya meraikan ulangtahunnya yang ke-15 pada 9 September, ia mengimbas kembali halangan yang dihadapi dan kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh 15 tahun tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Suruhanjaya telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak berkepentingan di dalam negara disebabkan persepsi dan harapan mereka yang berbeza terhadap Suruhanjaya. Ada di antara mereka masih berpandangan bahawa Suruhanjaya tidak mencapai harapan mereka manakala terdapat juga orang dalam Kerajaan yang masih melihat Suruhanjaya sebagai ‘Pro-NGO’ oleh sebab banyak kenyataan Suruhanjaya bersifat kritikal terhadap pihak berkuasa. Dalam hal ini, Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa sebagai NHRI, ia telah secara konsisten mengambil kedudukan yang bebas dan tidak berpihak terhadap isu-isu, dan walaupun kenyataannya kadang kala bersifat kritikal terhadap dasar dan tindakan Kerajaan yang tidak selari dengan prinsip dan norma hak asasi manusia antarabangsa, kenyataan tersebut adalah bersifat konstruktif dan didorong oleh keperluan untuk menggalakkan negara untuk terus maju ke arah menjadi sebuah negara yang memiliki piawaian dan prestasi hak asasi manusia yang harus dicontohi. Biar apa pun halangan, Suruhanjaya telah menjadi bertambah baik dalam memenuhi mandatnya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia melalui pelbagai aktiviti dan program, termasuk: pengendalian aduan, pengendalian inkuiri nasional dan inkuri awam, pemantauan situasi hak asasi manusia, pelaksanaan penyelidikan dan kajian, dan pengendalian forum umum berkenaan isu-isu hak asasi manusia tematik yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan, serta semakan semula undang-undang dan dasar-dasar yang membawa impak hak asasi manusia kepada rakyat. Dalam usaha kami mencapai kejayaan yang penting ini, saya perlu mengakui hakikat bahawa banyak kerja penting Suruhanjaya merupakan hasil usaha yang besar dan konsisten daripada Ahli dan kakitangan Suruhanjaya yang berkhidmat ketika ini dan juga sebelum ini, sejak 15 tahun yang lalu. Telah menjadi salah satu keistimewaan terbesar dalam hidup saya kerana dapat berkhidmat untuk Suruhanjaya selama dua penggal berturut-turut. Ia juga merupakan satu penghormatan bagi saya kerana dapat bertemu dan bekerja dengan orang baik-baik yang semuanya kekal komited terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia, di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan Pesuruhjaya saya, terutamanya Naib Pengerusi Datuk Dr Khaw Lake Tee, atas sokongan dan bantuan beliau, Setiausaha, dan kakitangan SURUHANJAYA yang telah bekerja bersungguh-sungguh dan secara profesional dalam membantu Suruhanjaya melaksanakan tugasnya sebagai sebuah NHRI. Semua kerja ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa komitmen dan dedikasi mereka ini yang sungguh membanggakan saya. Saya juga amat berterima kasih kepada Naib Pengerusi Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Prof Dato’ Dr Aishah Bidin, atas usaha bersama mereka dalam memanduJawatankuasa 8 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 8 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3